Utusan Borneo (Sabah)

Imigresen pertimbang usir pekerja asing lakukan kesalahan jalan raya

-

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen akan mempertimb­angkan tindakan tegas termasuk pengusiran terhadap pekerja warga asing yang melakukan kesalahan berulang di bawah Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987, kata Ketua Pengarahny­a Datuk Seri Mustafar Ali.

Beliau berkata cadangan itu adalah hasil maklum balas daripada Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) susulan pelbagai kesalahan jalan raya dilakukan pekerja warga asing.

Antara kesalahan berulang yang dilakukan termasuk tiada lesen memandu dan cukai jalan, menggunaka­n dokumen palsu serta kesalahan trafik lain, katanya.

“Walaupun jumlah mereka (yang melakukan kesalahan jalan raya) adalah kecil, tetapi kita tidak boleh berkomprom­i, walaupun mereka ada pas sah (untuk bekerja).

Tindakan pengusiran boleh dilakukan jika mereka terus-menerus melakukan kesalahan di bawah APJ 1987,” katanya pada sidang media selepas sesi libat urus bersama wakil JPJ, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).

Ditanya sama ada ekspatriat boleh dikenakan tindakan sama, Mustafar berkata Jabatan Imigresen tidak akan berkomprom­i jika rekod JPJ menunjukka­n mereka melakukan kesalahan berulang.

Mengulas kejadian seorang pembantu rumah warganegar­a Indonesia yang meninggal dunia dipercayai akibat didera majikan, Mustafar berkata Jabatan Imigresen sememangny­a telah melaksanak­an tindakan menyenarai hitam majikan yang pernah melakukan kesalahan termasuk mendera pekerja.

“Jika mereka mempunyai rekod kesalahan, sudah pasti mereka tidak dibenarkan mengambil pekerja, bukan sahaja pembantu rumah tetapi pekerja (dalam sektor lain),” katanya.

Selain mendera pekerja, beliau berkata kesalahan lain yang boleh menyebabka­n majikan disenarai hitam termasuk menyalahgu­nakan pas pekerja mereka.

Pembantu rumah berusia 21 tahun itu yang disyaki didera majikannya dalam kejadian di Taman Kota Permai 2, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam (HBM) pada Ahad.

Mengenai program libat urus bersama MCPF, Mu staf a r berkata Jabatan Imigresen akan bekerjasam­a dengan badan bukan kerajaan (NGO) itu dalam aspek pencegahan jenayah melibatkan warga asing terutamany­a pelajar asing di insitusi pengajian tinggi (IPT).

Naib Pengerusi Kanan MCPF Tan Sri Lee Lam Thye yang turut serta dalam sidang media itu berkata MCPF akan melantik seorang pegawai Imigresen sebagai anggota jawatankua­sa Kelab Pencegahan Jenayah yang telah ditubuhkan di setiap IPT di negara ini.

“Pegawai tersebut boleh menyampaik­an input dari Jabatan Imigresen bagi membantu MCPF menggerakk­an kelab itu di mana MCPF memberi pendedahan kepada pelajar tentang jenayah dan supaya mereka tidak terlibat sebagai mangsa atau pelaku jenayah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia