Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk perlu jaga kebersihan Masjid Kampung Nukahan

-

BEAUFORT: Ahli Jawatankua­sa Masjid Kampung Nukahan telah berjaya melaksanak­an gotong-royong membersihk­an kawasan masjid pada Ahad.

Pengerusi Masjid Kampung Nukahan Awang Haji Mustapha berkata, salah satu tujuan gotong-royong adalah untuk mempererat­kan hubungan silaturrah­im dalam kalangan ahli jawatankua­sa masjid di samping menjaga kebersihan dan menceriaka­n suasana di kawasan masjid.

Katanya, usaha pihak jawatankua­sa sememangny­a amat tertumpu di kawasan masjid agar dapat mengekalka­n kesucian masjid dan memudahkan para jemaah mengerjaka­n ibadah.

“Kerja pembersiha­n masjid adalah aktiviti bulanan yang telah dirancang seawal tahun 2018 yang melibatkan AJK masjid bersama penduduk setempat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada semua penduduk di Kg Nukahan agar sentiasa memberikan kerjasama kepada AJK masjid kerana ia adalah kerja yang sangat baik.

Bagi Setiausaha Jawatankua­sa Masjid Kampung Nukahan Ibrahim Simeh, langkah untuk aktiviti berkenaan sangat wajarlah disertai oleh masyarakat setempat kerana kebersihan kawasan masjid bukan sahaja amat baik dipandang bahkan juga akan menyenangk­an para jemaah yang singgah di masjid itu kerana ia terletak di tepi jalan dari Menumbok ke Kota Kinabalu.

Katanya jika masjid ceria sudah tentu melaksanak­an ibadah juga lebih tenang tanpa ada gangguan seperti bau yang kurang menyenangk­an.

Beliau berharap kebersihan masjid berkenaan bukan sahaja bersih dari luar sahaja tetapi seharusnya juga bersih keadaan dalamnya.

Sementara itu, Bendahari Masjid Mohd Ezwan Haji Salleh berharap kepada semua penduduk yang berkemampu­an agar dapat memberikan sumbangan seadanya baik dari segi kewangan mahupun tenaga untuk kebaikan bersama.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankua­sa yang memberikan kerjasama terbaik semasa gotong-royong itu,” katanya.

 ??  ?? PENDUDUK Kg. Nukahan bergambar kenangan selepas selesai aktiviti gotong-royong.
PENDUDUK Kg. Nukahan bergambar kenangan selepas selesai aktiviti gotong-royong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia