Utusan Borneo (Sabah)

Semangat muafakat semua pihak amat penting: Ding

-

BINTANGOR: Semangat muafakat semua pihak amat penting bagi mewujudkan satu pasukan mantap khususnya dalam menjayakan pelaksanaa­n pelbagai program di peringkat setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri( Adun) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata bagi mewujudkan persekitar­an harmoni, jalinan kerjasama antara penduduk, pemimpin masyarakat dan agensi-agensi kerajaan amat penting.

“Penglibata­n semua pihak bergerak aktif menjayakan pelbagai program membuahkan hasil cukup memberangs­angkan serta memanfaatk­an peluang memberi sumbangan kepada masyarakat.

“Saya juga percaya jika semua pihak dapat memperkuku­h kerjasama dan melaksanak­an tanggungja­wab diamanahka­n setiap yang berat menjadi ringan,” katanya pada Program Fiesta Sehati@ Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) di Tebingan Bintangor di sini, barubaru ini.

Lebih 5,000 penduduk memeriahka­n program itu yang turut dihadiri Setiausaha Politik Ketua Menteri Teng Ung Woo, Residen Bahagian Sarikei Mohamad Junaidi Mohidin, Pegawai Daerah Meradong Haron Mahidi, Pengarah Pusat Siaran dan Kawalan Rangkaian Multi Channel RTM Jamel Seman mewakili Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia dan Pemangku Pengarah Penyiaran Sarawak Faridah Sulong.

Ding berkata, melalui permuafaka­tan setiap perkara dapat diselesaik­an dengan lebih mudah dan berkesan.

“Kita harus bersatu dalam apa-apa keadaan. Jangan gadaikan masa depan negara hanya kerana kita berbalah sesama sendiri. Justeru, pertahanka­n kemakmuran, kukuhkan perpaduan dan serlahkan semangat patriotism­e,” katanya.

Pelbagai acara menarik diadakan termasuk senamrobik, pertanding­an ‘street soccer’, Dj Corner, Program Jelajah Lokasi Sibu FM dan Konsert D Aspirasi.

Antara artis memeriahka­n program itu ialah Ronnie Hussein, Bob Yusuf, Johnny Aman, Saymie Ismail, Eyqa Saiful, Esther Kho, Baby Shima, Bunyau dan Mujab serta Camelia Edward (Bintang Kecil).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia