Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan perayaan boleh dijadikan tarikan pelancong

Meraikan perayaan di luar kawasan sendiri jadi trend terkini seperti kecenderun­gan rakyat negara China

-

MIRI: Sambutan pelbagai perayaan di negeri ini boleh dijadikan sebagai tarikan pelanconga­n, di samping membantu meningkatk­an ekonomi tempatan.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, meraikan sesuatu perayaan di luar kawasan sendiri menjadi trend terkini.

“Seperti sambutan Tahun Baharu Cina (TBC), masyarakat Cina khususnya dari China lebih suka datang ke negara lain untuk meraikan TBC berbanding di negara mereka sendiri.

“Kita boleh menjadikan perayaan tersebut dengan menyelitka­n pelbagai acara meriah untuk menarik mereka datang ke Miri khususnya dan Sarawak amnya, di samping membantu meningkatk­an ekonomi kita di sini,” katanya.

Sebagai contoh jelas Adun Senadin itu, seperti Orchard Road di Singapura, lokasi terbabit sering menjadi tumpuan pelancong untuk melihat kemeriahan sambutan TBC.

“Kita bertuah kerana bukan sahaja TBC, malah perayaan kaum lain juga boleh dijadikan sebagai tarikan pelancong untuk mereka bersama menikmati suasana harmoni pelbagai kaum di sini,” ujarnya pada Majlis Perasmian Gong Xi Bazaar 2018 edisi Ke-16 anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Miri (MCCCI) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Miri(MBM) di sini, Sabtu malam.

Hadir sama Adun Piasau Datuk Sebastian Ting, Datuk Bandar MBM Adam Yii, Residen Miri Sherrina Hussaini, Pegawai Daerah Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf, Pengerusi MCCCI Lee Khoi Yun serta tetamu kehormat lain.

Menurut Lee, program bazar yang sudah 16 kali diadakan itu juga sentiasa mendapat sambutan baik pelbagai lapisan masyarakat.

“Penganjura­n bazar oleh MCCCI dengan kerjasama MBM serta agensi tempatan harus dijadikan contoh terbaik kepada organisasi lain.

“Bukan sahaja dari segi kerjasama dan sokongan padu yang diberikan, tetapi juga dalam usaha kita meningkatk­an pembanguna­n di Miri,” katanya.

Terdahulu, Adam Yii dalam ucapannya berkata, bazar terbabit menjadi antara program yang membantu memeriahka­n program Tahun Melawat Miri (TMM) 2018.

“Saya menyeru semua pihak daripada pelbagai agensi hingga masyarakat setempat untuk bersamasam­a memberi sokongan dan menjayakan program TMM dalam usaha mempromosi­kan Miri sebagai destinasi pelanconga­n pilihan,” tambahnya.

Pada majlis berkenaan, MCCCI turut menyerahka­n replica cek bernilai RM22,388.88 hasil kutipan aktiviti amal CNY Lucky Run 2018 kepada Lee bagi mewakili Pusat Dialisis Buah Pinggang Miri.

Aktiviti amal itu antara acara yang diselitkan sebagai pembukaan bazar yang bermula pada Jumaat lalu hingga 15 Februari ini.

“Seperti sambutan Tahun Baharu Cina (TBC), masyarakat Cina khususnya dari China lebih suka datang ke negara lain untuk meraikan TBC berbanding di negara mereka sendiri. ” DATUK LEE KIM SHIN

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan

 ??  ?? LEE Khoi Yun menyerahka­n replika cek kepada Lee sambil disaksikan tetamu lain.
LEE Khoi Yun menyerahka­n replika cek kepada Lee sambil disaksikan tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia