Utusan Borneo (Sabah)

Perniagaan berbentuk pendidikan

Francais My Art Studio tempat kanak-kanak berkarya

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Francais My Art Studio cawangan Lahad Datu menjadi premis ke-102 di buka di Malaysia untuk menerajui perniagaan menawarkan tempat kanakkanak berkreatif melepaskan keinginan berkarya seni.

Premis yang terletak di Perdana Square di miliki Sapinah Abdullah itu telah dirasmikan Ketua Bahagian Umno Bahagian Silam Datuk Mohd Yusof Apdal pada Ahad.

Beliau yang juga Adun Lahad Datu dalam ucapan perasmiann­ya memuji usaha yang dilakukan Safinah Abdullah kerana sanggup membuat pelaburan dalam

“Saya ucapkan tahniah kepada pemilik premis ini kerana mengambil langkah berani menjalanka­n perniagaan yang berbentuk pendidikan yang akan memberi impak positif kepada masyarakat khususnya pada perkembang­an sihat kanak-kanak.

perniagaan itu.

“Saya ucapkan tahniah kepada pemilik premis ini kerana mengambil langkah berani menjalanka­n perniagaan yang berbentuk pendidikan yang akan memberi impak positif kepada masyarakat khususnya

DATUK MOHD YUSOF APDAL Ketua Bahagian Umno Bahagian Silam

pada perkembang­an sihat kanak-kanak,” katanya.

Menurut beliau, perniagaan seumpama itu sudah pasti dicetuskan kerana rasa bertanggun­gjawab pemiliknya malah ia juga memastikan institusi keluarga mendapat perkhidmat­an berkualiti selaras dengan kehendak dan keperluan tumbesaran kanak-kanak.

Yusof berkata, zaman yang semakin berubah telah membentuk komuniti masyarakat untuk saling bersaing mengejar kemajuan namun keperluan generasi akan datang dalam bidang seni akan dapat diasah dan dikembangk­an melalui usaha premis ini.

“Sudah tentu kanak-kanak yang dihantar ke sini mempunyai kelebihan untuk lebih berdayasai­ng di masa akan datang.

“Di sini mereka dapat meluangkan masa di hujung minggu untuk mendapatka­n ilmu tambahan dari segi penguasaan kepakaran dalam bidang seni,” katanya.

My Art Studio diperkenal­kan 1999 di negara ini dengan menubuhkan sebuah tempat yang memberi peluang kepada kanak-kanak menunjukka­n kebolehan untuk meluahkan pendapat, emosi serta ketakutan dihadapi mereka dalam persekitar­an yang selamat.

Keadaan persekitar­an di rumah adakalanya kurang sesuai untuk mereka menghasilk­an seni kreatif kerana kurang peralatan bersesuaia­n, gangguan daripada adik-beradik serta ruang yang agak terhad.

Disebabkan itu penawaran studio sendiri kepada kanak-kanak dalam tempoh tertentu akan dapat mengasah bakat mereka dengan suasana yang lebih kondusif dan menggalakk­an.

 ??  ?? YUSOF menandatan­gani papan tanda premis sebagai simbolik perasmian My Art Studio itu.
YUSOF menandatan­gani papan tanda premis sebagai simbolik perasmian My Art Studio itu.
 ??  ?? YUSOF meninjau premis ditemani Sapinah.
YUSOF meninjau premis ditemani Sapinah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia