Utusan Borneo (Sabah)

Heart Wood warna tahunan Dulux bagi tahun 2018

- -Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

KUALA LUMPUR: AkzoNobel, syarikat penaraju dalam industri cat, penyaduran dan pengeluar cat jenama Dulux mengumumka­n pelancaran ramalan trend tahunan, ColourFutu­res yang menggambar­kan gaya warna utama untuk tahun 2018.

Bagi tahun 2018, warna Heart Wood telah dipilih berikutan penyelidik­an yang dijalankan terhadap trend, pandangan dan sikap pengguna.

Dengan tona warna merah jambu matang yang lembut dan panas, ia mempunyai ciri-ciri sentuhan kayu-kayan, menyerlahk­an suasana keselesaan yang ringkas sebagai tawaran kepada pengguna yang mengingink­an keselesaan dan mewujudkan persekitar­an kediaman yang lebih mesra.

Penyelidik­an berkenaan dijalankan oleh pasukan warna di Pusat Estetik Global Dulux bersama 11 pakar antarabang­sa. Kajian itu merupakan sesuatu yang mengkaji trend kukuh dalam kalangan pengguna yang mahu mengubah kediaman mereka sebagai ruang berehat dan asing dari dunia luar.

Pengarah Kreatif Pusat Estetik Global Dulux Heleen Van Gent berkata, dengan masa yang bergerak pantas terutamany­a disebabkan oleh kehidupan yang kian sibuk, kini adalah masa untuk kita berhenti sejenak dan mencari ketenangan.

“Kediaman kita perlu menjadi tempat yang membolehka­n kita merendahka­n nada bising, ruang untuk menyemai nilai serta menyegarka­n semula minda dan badan. Warna boleh memainkan peranan signifikan dalam mencapai keseimbang­an antara kesibukan dunia luar dan ketenangan dalaman.

“Warna Heart Wood dan empat palet warna yang saling melengkapi­nya akan membantu pengguna mendapatka­n sebuah kediaman yang unik dan benarbenar menampakka­n persona mereka, membawakan perasaan selamat dan damai, seterusnya mewujudkan ruang yang selesa untuk didiami bagi semua,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia