Utusan Borneo (Sabah)

Harga runtuh di Guardian, penjimatan hebat hingga 70 peratus

- -Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

BANDAR SUNWAY: Guardian Malaysia telah mengumumka­n kempen menurunkan harga barangan terpilih pada setiap hari Jumaat hingga Ahad, untuk sepanjang tahun ini, bagi membantu pengguna mengurangk­an kos sara hidup yang semakin meningkat.

Dikenali sebagai Kempen Harga Runtuh, ia menampilka­n empat hingga lima rangkaian produk yang lengkap, dengan penurunan harga sebanyak 10 hingga 70 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd (Guardian Malaysia) Soren Lauridsen berkata, Kempen Harga Runtuh itu sangat penting bagi pihaknya kerana ia membolehka­n Guardian membantu rakyat Malaysia mengurangk­an kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Pelanggan di seluruh negara, tidak kira di mana mereka berada, dan termasuk mereka gemar membuat pembelian secara dalam talian, boleh menikmati harga runtuh ini setiap hari Jumaat hingga Ahad,” katanya.

Jelas beliau, Guardian telah menjadi sebuah jenama terkemuka di Malaysia selama lebih 50 tahun, dan pihaknya memiliki reputasi yang baik dalam menawarkan pelbagai rangkaian barangan eksklusif serta berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan.

“Malah, harga yang ditawarkan di Guardian adalah antara yang terendah dalam pasaran. Tetapi kenyataan ini tidak diberi perhatian yang secukupnya kerana tumpuan yang diberikan dalam kempen pemasaran sebelum ini adalah berbeza.

“Dengan pelbagai desas-desus yang kita dengar tentang peningkata­n kos sara hidup dan barangan yang semakin mahal, kami memutuskan untuk membuat keputusan berani untuk menawarkan harga runtuh ini setiap Jumaat hingga Ahad, untuk sepanjang tahun ini.

“Kami percaya kempen ini diadakan pada waktu yang tepat dan bersesuaia­n, memandangk­an persekitar­an perniagaan semasa dan kami yakin pengguna akan teruja dengan kempen ini,” tambah beliau.

Anggaran sebanyak 260 barangan, daripada produk penjagaan badan, kesihatan dan kecantikan seperti syampu, gel mandian, pencuci muka, masker muka dan banyak lagi akan ditawarkan pada harga yang lebih rendah sepanjang tahun ini.

Harga runtuh adalah tambahan kepada penjimatan hujung minggu (weekend super savers) yang masih diadakan dan promosi eksklusif Koleksi Edisi Terhad Hello Kitty yang sedang ditawarkan sehingga 18 April.

Guardian juga telah melancarka­n satu lagi inisiatif promosi iaitu BEAUTY DAYS, di mana produk-produk kecantikan ditawarkan dengan potongan harga sehingga 40 peratus.

Kempen ini juga membolehka­n Guardian menentukan semula fokusnya terhadap jenama itu, yang mana, sentiasa menawarkan yang terbaik dari segi harga, kualiti dan perkhidmat­an kepada pelanggan. Ia juga selari dengan strategi syarikat untuk menawan hati pelanggan, setiap kali mereka berkunjung ke stor Guardian!

Untuk maklumat dan butiran lanjut tentang kempen dan promosi yang ditawarkan, sila layari www.guardian.com. my.

 ??  ?? SOREN (tengah) pada majlis pelancaran Kempen Harga Runtuh Guardian.
SOREN (tengah) pada majlis pelancaran Kempen Harga Runtuh Guardian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia