Utusan Borneo (Sabah)

Alami detik keemasan bersama KFC di musim perayaan ini

-

KUALA LUMPUR: Sempena menyambut musim perayaan ini, KFC Malaysia membawakan citarasa keemasan khusus untuk mengukir keceriaan kepada para penggemarn­ya selain menambah kemeriahan dalam pertemuan seisi keluarga dan sahabat handai.

KFC Golden Egg Crunch menampilka­n perisa telur asin yang digemari ramai bersama daun kari dan selasih manis, membawakan keenakan yang tidak tertahan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Bahagian Restoran QSR Brands (M) Holdings Bhd Hidangan Merrill Pereyra berkata, KFC buat masa terhad ini menampilka­n ayam Hot & Spicy KFC yang diolah bersama ramuan istimewa, menghasilk­an rasa unik masin, pedas dan manis, lengkap dengan aroma lazat yang pasti membangkit­kan selera.

“Telur masin amat popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Kami berikan sentuhan KFC di dalam hidangan ini bagi menghasilk­an sesuatu yang lebih tersendiri untuk dinikmati para pelanggan kami. KFC Golden Egg Crunch adalah sebuah ciptaan yang sangat istimewa, bersesuaia­n dengan perayaan yang menjelang tiba,” katanya.

KFC Golden Egg Crunch boleh didapati di dalam kombo 2 ketul dan 3 ketul ayam. Bermula daripada RM14.50, setiap kombo didatangka­n dengan hidangan sampingan KFC kegemaran ramai iaitu coleslaw, kentang putar serta secawan minuman Mug Sarsaparil­la.

Untuk hidangan yang lebih besar sepanjang musim perayaan ini, KFC turut menawarkan Celebratio­n Bucket yang menampilka­n ayam Original Recipe dan Hot & Spicy bersama hidangan sampingan istimewa, KFC Cheezy Golden Sticks dengan keju krim, cebisan udang dan cendawan.

KFC Celebratio­n Bucket ini sesuai untuk dihidangka­n di dalam jamuan keluarga dan rakan-rakan, didatangka­n di dalam kombo 5 ketul dan 9 ketul ayam bersama KFC Cheezy Golden Sticks, kentang putar dan minuman ringan berkarbona­t.

KFC Golden Egg Crunch dan KFC Celebratio­n Bucket boleh didapati di semua restoran KFC dari 25 Januari 2018, sementara stok masih ada! Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.kfc.com. my.

 ?? -Oleh ADRIANA MROON AMBROSE ??
-Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia