Utusan Borneo (Sabah)

Fiesta Sehati@ RTM ‘Bagus Bah’ tonjolkan keunikan budaya Semporna

-

KEUNIKAN budaya dan tarikan Semporna ditonjolka­n kepada masyarakat luar dengan penganjura­n Fiesta Sehati@ RTM ‘Bagus Bah’ di Pulau Bum Bum, dekat Semporna oleh Jabatan Penyiaran Malaysia.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran berkata buat pertama kali juga, satu rekod tercipta dalam fiesta itu apabila konsep gerak tari Igal iaitu tarian tradisi popular Semporna diperkenal­kan dalam versi senamrobik kepada rakyat Malaysia menerusi saluran TV1.

“Senamrobik itu disiarkan secara langsung dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1 dan usaha menjadikan gerak Igal senam ini mampu menarik minat generasi muda untuk menghayati budaya warisan Bajau sekali gus memasyhurk­an lagu-lagu tradisi yang tidak kurang hebatnya kepada masyarakat luar,” katanya kepada pemberita pada fiesta itu baru-baru ini.

Selain itu, katanya turut diadakan pada fiesta itu adalah pameran daripada sejarah keluarga-keluarga besar (dikenali) dan adat tradisi, serta adat catatan sejarah Semporna termasuk pertanding­an Sambulayan­g.

“Fiesta Sehati@RTM ini telah menyatupad­ukan penduduk Semporna serta merapatkan hubungan antara generasi pelbagai peringkat umur,” katanya lagi.

Dalam pada itu, katanya penganjura­n program ini sedikit sebanyak memberikan gambaran positif mengenai soal keselamata­n pulau di Semporna khususnya di bawah kawalan penyelaras­an Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) yang menaungi tiga pasukan keselamata­n iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM).

“Daerah ini selamat dan sejahtera serta masyarakat dan pelancong sentiasa selesa sepanjang berada di daerah ini,” katanya dan menambah Semporna boleh dikunjungi pada bila-bila masa.

Sementara itu, Nasir turut memuji usaha kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Perbendaha­raan Malaysia Sabah serta lebih 43 agensi kerajaan negeri dan persekutua­n terlibat dalam program Pusat Transforma­si Komuniti Bergerak (Mobile) CTC yang mendekatka­n kerajaan kepada penduduk Semporna.

“Perkhidmat­an ini bukan sahaja dibawakan dalam fiesta ini tetapi turut diadakan khas di atas bot di jeti Kampung Balembang serta van dan bas bergerak disediakan di padang pekan Semporna,” katanya.

Nasir berkata usaha membawa perkhidmat­an awam itu bertepatan dan bergerak seiring dengan keperluan rakyat khususnya di bandar. Fiesta Sehati@ RTM ‘Bagus Bah’ serta program Mobile CTC yang diadakan selama dua hari pada Sabtu dan Ahad lepas itu dihadiri lebih 5,000 penduduk Semporna yang tidak melepaskan peluang untuk santai dan bersosial sambil mendapatka­n maklumat dan penerangan daripada agensi kerajaan.

Antara jabatan terlibat ialah Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pengangkut­an Jalan dan Jabatan Imigresen.

luar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia