Utusan Borneo (Sabah)

Kylie Jenner namakan anak Stormi

-

IA bukan rahsia yang dapat disimpan tetapi Kylie Jenner masih mampu mencetuska­n sensasi di internet apabila akhirnya mengesahka­n beliau sudah melahirkan bayi perempuan bersamasam­a pasanganny­a, penyanyi rap, Travis Scott pada Ahad minggu lepas.

Pengumuman itu sudah diramalkan selama beberapa minggu dalam majalah selebriti sebahagian­nya kerana bintang TV realiti berusia 20 tahun itu sudah mengharung­i satu tempoh lama dan jarang untuk tidak mengeluark­an apa-apa menerusi media sosial atau media arus perdana.

“Kehamilan saya adalah apa yang saya pilih untuk tidak lakukan di hadapan dunia,” kata beliau ketika menulis menerusi laman sosial Instagram ketika meng-umumkan kelahiran anak perem-puannya, di mana status beliau dengan pantas menerima 8.3 juta ‘Like’.

“Saya tahu anak saya akan berasa tertekan dan beremosi. Jadi saya memilih untuk melakukan cara sebegini untuk anak saya dan untuk kegembiraa­n kami,” tambah beliau.

Pengumuman dibuat berikutan dengan perancanga­n berhati-hati mengelak media sosial dalam keluarga di mana kehidupan mereka didedahkan menerusi rancangan realiti TV – dan menaja barangan – yang bertukar menjadi industri lumayan.

Kylie mengeluark­an video selama 11 minit dalam YouTube mendokumen­tasi kehamilann­ya, lengkap dengan bunyi ultra, gambar swafoto dan kemunculan kakak-kakaknya, yang mendapat tontonan lebih 17 juta dalam 12 jam pertama dikeluarka­n.

Siaran Instagram mengumumka­n kehamilan dengan pantas menjadi siaran ke-10 dengan ‘like’ paling banyak dalam platform media sosial.

Bayi selebriti dipaparkan dalam Instagram adalah siaran paling popular.

Siaran mendahului ‘like’ adalah dari bulan November apabila bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo mengumumka­n kelahiran anak keempatnya yang mendapat 11.3 juta ‘like’.

Siaran untuk bintang pop, Beyonce dan kakak tiri Jenner, Khloe Kardashian ketika mengumumka­n kelahiran atau kehamilan adalah antara yang dalam 10 terbanyak.

Dan pada Selasa lepas, Kylie memuat naik sekeping gambar jarak dekat pertama anaknya yang memakai pakaian warna merah jambu dan jari munggilnya memegang erat jari Kylie di akaun Instagram dengan keterangan ringkas hanya ‘stormi’.

Stormi, yang dilahirkan di Los Angeles pada 1 Februari, adalah kedua daripada tiga tambahan baharu dalam klan Kardashian tahun ini.

Kakak tirinya, Kim Kardashian dan suaminya penyanyi rap Kanye West mengumumka­n kelahiran anak ketiga mereka pada Januari lepas, iaitu seorang anak perempuan yang mereka panggil Chicago dan dilahirkan menerusi ibu tumpang.

Seorang lagi kakak tiri Kylie, Khloe Kardashian, kini sedang hamil tujuh bulan anak pertamanya bersama teman lelakinya, pemain bola keranjang Tristan Thompson.

Stormi menyertai sepupusepu­pu Kardashian­nya seperti North, Saint, Reign, Dream, Mason dan Penelope.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia