Utusan Borneo (Sabah)

PPKI SMK Bahang buat lawatan sambil belajar di pangkalan TLDM

- Oleh ALEX DUIN

KOTA KINABALU: Pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bahang, Penampang, telah mengadakan lawatan sambil belajar ke pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di Teluk Sepanggar, di sini pada Khamis.

Lawatan itu disertai seramai 122 pelajar pendidikan khas, 22 guru, enam pembantu pengurusan serta 18 ibu bapa pelajar dibawa selian Cikgu Zuraidah Daud.

Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK Bahang Mohd Sufri Salim, berkata antara tujuan lawatan itu diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahua­n kepada semua pelajar berkeperlu­an khas mengenai tugas-tugas TLDM dalam menjaga keselamata­n perairan negara.

“Selain itu, program ini bertujuan memupuk keyakinan diri pelajar di samping merapatkan hubungan antara ibu bapa dan warga sekolah.

“Sehubungan itu, saya berterima kasih kepada pihak TLDM kerana sudi menerima rombongan lawatan PPKI SMK Bahang, begitu juga kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengiringi kami sepanjang lawatan berkenaan,” katanya pada Isnin.

Mohd Sufri berkata, ketika lawatan di Markas Pemerintah­an Kapal Selam, para pelajar berpeluang melihat simulasi bilik kawalan kapal selam dan mereka turut dibawa melawat ke Markas Amarda Timur serta berpeluang melihat sendiri fasiliti yang ada di TLDM.

“Di samping itu, rombongan kami telah diberi taklimat keselamata­n oleh Lt Kdr Norhasim Nordin dan Kom Mohd Safuan Ali Othman ketika lawatan di Markas Pemerintah­an Kapal Selam,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN rombongan guru PPKI SMK Bahang merakamkan gambar kenangan bersama Norhasim. MOHD Sufri (kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Norhasim.
SEBAHAGIAN rombongan guru PPKI SMK Bahang merakamkan gambar kenangan bersama Norhasim. MOHD Sufri (kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Norhasim.
 ??  ?? (Gambar kiri) ROMBONGAN PPKI SMK Bahang merakamkan gambar kenangan ketika lawatan sambil belajar itu.
(Gambar kiri) ROMBONGAN PPKI SMK Bahang merakamkan gambar kenangan ketika lawatan sambil belajar itu.
 ??  ?? (Gambar kanan)
(Gambar kanan)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia