Utusan Borneo (Sabah)

Anggota polis didakwa rasuah, ketahui nasib pada 23 Mac

Ketahui nasib pada 23 Mac depan

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang anggota polis akan mengetahui nasibnya pada 23 Mac, di Mahkamah Sesyen di sini, atas tiga pertuduhan menerima rasuah.

Hakim Nixon Kennedy Kumbong membuat keputusan itu terhadap Sarjan Abdul Malek A. Bakar, 58, yang diwakili peguam Ram Singh selepas perbicaraa­n penuh.

Pertama, tertuduh didakwa bersetuju menerima wang R M 300 daripada Di nah Gilong, penjamin kepada Dio Romeo Liddoe yang ditangkap pada 6 November 2015, kerana memiliki senjata berbahaya.

Kesalahan dilakukan pada 10 November 2015 jam 6. 30 petang, di Balai Polis Manggatal, di sini.

Kedua, tertuduh menerima RM1,000 daripada sepuluh individu melalui Timothy Boriul, yang ditangkap polis pada 6 November 2015, atas kes yang sama.

Abdul Malek melakukan kesalahan itu pada 11 November 2015 jam 11 pagi di kawasan Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu, di sini.

Ketiga, pada 10 November 2015 jam 5.30 petang di bilik polis Manggatal, di sini, tertuduh menerima RM300 daripada J.S Julivin Boby Santong, penjamin kepada Van Brawin Santong yang ditangkap atas kes sama.

Semua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, penjara selama dua tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Abdul Malek mula didakwa pada 24 November 2015 dan mengaku tidak bersalah.

Sementara menunggu kes selesai, tertuduh diberikan ikat jamin RM10,000 deposit R M 5,000 dicagarkan seorang penjamin tempatan.

Timbalan Pendakwara­ya Rustam Sanip dari Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan pendakwaan berkenaan.

Semua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, penjara selama dua tahun atau denda, atau kedua-duanya. ”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia