Utusan Borneo (Sabah)

Warisan guna aplikasi telefon pintar raih sokongan

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Pelancaran aplikasi digital ‘Perjuangan Rakyat’ adalah pendekatan pertama seumpamany­a digunakan parti politik di negara ini.

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, platform digital itu adalah salah satu cara untuk mendapatka­n sokongan daripada rakyat Sabah khususnya golongan muda.

“Penggunaan aplikasi itu sangat mudah, seseorang itu hanya perlu memuat turun platform digital itu ke telefon pintar masingmasi­ng.

“Turut disertakan dalam aplikasi itu adalah permohonan sumbangan dalam bentuk dana daripada penyokong secara atas talian,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Aplikasi Digital ‘Perjuangan Rakyat’ di sini pada Isnin.

Beliau berkata, sesi-sesi jelajah yang dilakukan mendapati ramai penyokong bertanyaka­n apakah sumbangan yang boleh dilakukan kepada parti itu.

“Daripada maklum balas itu, idea mewujudkan aplikasi seumpamany­a kini direalisas­ikan, bagaimanap­un kita tidak memaksa penyokong memberikan sumbangan dana, tetapi sekiranya mereka mampu, mereka boleh sumbang mengikut kemampuan mereka.

“Ini adalah perjuangan bersama seluruh rakyat dan bukan perjuangan Warisan,” katanya.

Shafie berkata, pendekatan seumpamany­a pernah digunakan oleh negara luar seperti Amerika Syarikat dan banyak negara lagi apabila rakyat mereka ingin menyumbang­kan sesuatu kepada parti masing-masing.

Katanya, aplikasi itu juga akan disertakan berita terkini mengenai Warisan selain orang ramai juga boleh menyuaraka­n pendapat mereka mengenai isuisu terkini yang akan disiarkan dalam platform digital itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia