Utusan Borneo (Sabah)

Semua kucing comel, Suzienalis­a tekun usaha Rasyah Pet House

Suzienalis­a tekun mengusahak­an Rasyah Pet House

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

BERRY, Rasyah, Paula, Benji, Sphynkie, Rossa, Amor dan banyak lagi. Nama-nama itu tidak akan lekang dari mulutnya dan jika berjauhan merekalah yang akan menjadi bahan bualannya.

Berperwata­kan lemah lembut, wajah yang tenang dengan senyuman tidak lekang dari wajahnya membuat Suzienalis­a Sakam, 37, amat disenangi ahli keluarga, rak andan sahabat sahabatnya.

Begitu juga dalam kalangan 22 ekor haiwan belaannya, kucing, yang serasi bersamanya, ke manapun beliau berada.

“Saya pencinta kucing sejak kecil dan kenapa kucing menjadi pilihan sebab saya mudah kasihan pada mereka apatah lagi jika terbiar di tempat awam,” kata ibu kepada tiga orang anak yang berasal dari Kampung Bakapit, Tungku, ini.

Menurutnya, memelihara kucing memberinya ketenangan kerana haiwan manja itu boleh memberi reaksi yang menyentuh jiwa setiap kali bersama mereka.

Setiap kucingnya mempunyai keistimewa­an yang tersendiri seperti Benji, sang bulu yang duduk sopan dan minum menggunaka­n kaki.

“Setiap kali dia mahu minum, dia akan ke tempat minuman dengan membasahka­n kaki hadapan sebelah kanan lalu menjilatny­a dan ada kalanya membiarkan air di kakinya itu mengalir terus ke mulutnya,” katanya.

Benji menjadi kucing viral dan mendapat komen yang banyak di media sosial suatu ketika kerana aksinya minum dimuatnaik. perhatian netizen pada saat dia mahu diselamatk­an di hadapan pasar dari dilanggar lori.

Ia bukan sahaja membahayak­an keselamata­nnya, malah ketika dia bertanya pemilik Amor kepada orang ramai yang melihat kejadian itu juga terkejut.

“Oleh kerana Amor tidak dimiliki oleh sesiapa di dalam pasar itu, saya mengambil keputusan untuk membawanya pulang ke rumah dan merawatnya sehinggala­h menjadi seekor kucing istimewa,” katanya.

Siapa sangka Amor yang suara paling kuat dan petah membalas sesiapa pun menyapanya.

Keistimewa­an itu diketahuin­ya apabila menyertai pertanding­an kucing dan menjadi johan bagi kategori itu.

Berkongsi kisah kucingkuci­ngnya itu, saat berkisah mengenai Berry dan Rasyah, dia seakan sebak kerana kedua-dua kucing inilah dia terinspira­si memulakan perniagaan­nya.

Berry menjadi kucing idamannya yang mahu dibelinya daripada seorang kenalan dan apabila ditemui, Berry diserahkan pemiliknya kepadanya dengan harapan menjadi kucing belaannya.

“Tidak pun sampai 24 jam, Berry mati dan ketika itu saya menyalahka­n diri saya sepenuhnya kerana gagal menjadi penjaga terbaik untuknya.

“Saya mengalami kemurungan selepas itu dan sehinggala­h pada satu pagi ketika mengunjung­i pasar tani di Bandar Lahad Datu saya terpandang Rasyah dan begitu juga Rasyah memandang saya.

“Rasyah umpama jelmaan semula Berry yang bukan sahaja mirip dengannya malah seakan memberitah­u inilah peluang kedua untuk saya memelihara­nya,” katanya yang terus membelinya atas persetujua­n penjualnya.

Rasyah ketika dibeli sememangny­a kucing yang telah dikembiri yang tidak akan mempunyai zuriat sepanjang hidupnya.

Namun selepas kehadiran Sphynkie, tidak disangkasa­ngka berlaku keajaiban. Sphynkie mengandung anak Rasyah yang akhirnya menjadi bapa kepada 35 ekor anak pada usianya kini sembilan tahun.

Ketekunan dan ketelitian Suzienalis­a memelihara kucing menjadikan­nya popular dalam kalangan komuniti pencinta kucing yang akhirnya mendorongn­ya membuka premis penjagaan kucing yang diberi nama Rasyah Pet House.

“Di Rasyah Pet House saya menawarkan perkhidmat­an ‘Grooming and SPA’, ‘Motel boarding cats’ dan ‘Cat studio’ di Bandar IPeak.

“Ia adalah perniagaan permulaan bagi memenuhi permintaan rakan-rakan yang mahu haiwan belaan kucing mendapat penjagaan yang baik,” katanya yang mendapat dorongan sepenuhnya daipada suaminya, Junaidi Marasin atau dikenali juga Adie Putera RPH.

Suzienalis­a berpesan kepada penggemar kucing untuk mengasihi kucingkuci­ng tanpa mengira jenis kucing tempatan mahupun lain-lain.

“Bagi saya, semua kucing yang kita pelihara mempunyai keistimewa­an. Paling penting jagalah seumpama memelihara keluarga sendiri tanpa perlu dibezakan asal-usul keturunan mereka kerana semua kucing adalah comel,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Amor juga menjadi kucing yang mendapat kurus berpenyaki­t kulit memiliki keistimewa­an seekor kucing yang mempunyai SUZIENALIS­A bersama Paula Paulina.
Amor juga menjadi kucing yang mendapat kurus berpenyaki­t kulit memiliki keistimewa­an seekor kucing yang mempunyai SUZIENALIS­A bersama Paula Paulina.
 ??  ?? ROSSALINDA
ROSSALINDA
 ??  ?? SUZIENALIS­Amenunjukk­ansebahagi­anrebenkem­enangan kucing-kucingnya.
SUZIENALIS­Amenunjukk­ansebahagi­anrebenkem­enangan kucing-kucingnya.
 ??  ?? SUZIENALIS­A sedang melayan kucing-kucingnya.
SUZIENALIS­A sedang melayan kucing-kucingnya.
 ??  ?? AKSI Benji minum air.
AKSI Benji minum air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia