Utusan Borneo (Sabah)

Madius serah sumbangan kewangan, kepala singa dan naga

-

TUARAN: Dua puluh empat organisasi Cina di daerah ini melahirkan kegembiraa­n pada Jumaat apabila menerima angpau lebih awal daripada Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, di sini.

Madius yang juga pemangku Presiden Upko memilih tarikh menjelang Tahun Baharu Cina bagi menyampaik­an sumbangan berjumlah RM50,000 itu kepada pelbagai persatuan serta lapan kepala singa dan tiga kepala naga untuk kumpulan tarian yang dipilih.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata sumbangan yang diserahkan pada majlis bersama pemimpin dan persatuan masyarakat Cina yang di sebuah restoran di sini itu menandakan penghargaa­nnya terhadap sumbangan masyarakat Cina kepada pembanguna­n ekonomi di daerah ini dan negeri Sabah amnya.

Beliau juga gembira mendapati bahawa masyarakat Cina di sini sangat menyokong program program kerajaan.

“Kita mesti bersyukur dengan keamanan dan keharmonia­n yang telah kita nikmati sekarang ini kerana ia telah membuka peluang bagi kita untuk terus menjalanka­n perniagaan dan terus hidup walaupun menghadapi cabaran ekonomi global,” katanya.

Menurutnya, ekonomi negara juga menuju ke arah yang betul apabila ringgit terus kukuh berbanding dolar AS.

Madius berkata, peningkata­n kedatangan pelancong dari China ke Sabah disumbangk­an oleh hubungan baik antara kepimpinan tertinggi kedua-dua negara.

Sementara itu, beliau mengucapka­n terima kasih kepada pemimpin komponen BN dan kapitan Cina yang telah menemaniny­a semasa lawatan Tahun Baharu Cina di Tenghilan dan Tamparuli pada Khamis dan Tuaran pada Jumaat.

Turut hadir, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Tamparuli Datuk Jahid Jahim, Ketua MCA Tuaran Chua Sheng Kian, Ketua LDP Tuaran Datuk Alex Lo, Ketua PBRS Tamparuli Henry Luaran dan Jamlin Ladin mewakili Umno Tuaran serta pemimpin masyarakat Cina.

 ??  ?? MADIUS menyampaik­an replika cek RM50,000 kepada persatuan Cina Tuaran.
MADIUS menyampaik­an replika cek RM50,000 kepada persatuan Cina Tuaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia