Utusan Borneo (Sabah)

Penghuni perlu jaga kebersihan Taman Sepanggar

-

KOTA KINABALU: Menambah keceriaan dan kebersihan di sekeliling perumahan adalah satu aktiviti bulanan bagi Jawatankua­sa Combi Taman Sepanggar yang telah dilaksanak­an pada Ahad.

Pengerusi Combi Perumahan Taman Sepanggar Amat Jutrah Haji Mu s ni h berkata, aktiviti kali kedua itu telah menampakka­n satu perubahan yang sangat memuaskan dalam kalangan penduduk perumahan kerana walaupun masih ada sebilangan penghuni yang kurang mengambil perhatian terhadap kebersihan di sekeliling perumahan mereka namun lebih 60 peratus penduduk telah mula memberikan respon yang terbaik.

Beliau berkata rata-rata penduduk di perumahan Taman Sepanggar mengucapka­n syabas dan tahniah kepada Ahli Jawatankua­sa Combi Perumahan Taman Sepanggar kerana telah berjaya menerapkan kesedaran dan disiplin untuk menjaga kebersihan di kawasan rumah mereka.

Katanya, penghuni perumahan telah memulakan kerja pembersiha­n sehari sebelum waktu yang telah ditetapkan.

“Saya amat terharu dengan perkembang­an seperti ini yang memberikan satu kesedaran yang terbaik, kerana mereka telah mula berubah cintakan kebersihan,” katanya.

Amat Jutrah berkata, walaupun pihak Combi Taman Sepanggar masih kekurangan peralatan untuk kerja pembersiha­n namun itu bukanlah satu penghalang bagi mereka meneruskan kerja pembersiha­n.

Jelasnya, objektif utama aktiviti berkenaan adalah bagi membasmi pembiakan nyamuk Aedes yang membawa penyakit denggi.

“Pembersiha­n kali ini adalah aktiviti yang kedua dalam tahun 2018 dan kita telah memaklumka­n kepada semua penduduk perumahan Taman Sepanggar pihak Jawatankua­sa Combi akan meneruskan kerja berkenaan pada awal Mac depan,” katanya.

Beliau berharap semua masyarakat di perumahan Taman Sepanggar sentiasa meneruskan kerjasama bersama Combi.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Combi Haji Manap Haji Jainudin, Setiausaha Combi Jaidi Ruslin dan Bendahari Combi Rogaya Ahmad.

Amat Jutrah mengucapka­n ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada AJK yang telah turun bersamasam­a melaksanak­an aktiviti berkenaan.

 ??  ?? AMAT Jutrah (berdiri, tujuh dari kiri) bersama AJK Combi merakamkan gambar sebelum memulakan aktiviti membersihk­an Perumahan Taman Sepanggar.
AMAT Jutrah (berdiri, tujuh dari kiri) bersama AJK Combi merakamkan gambar sebelum memulakan aktiviti membersihk­an Perumahan Taman Sepanggar.
 ??  ?? AHLI Jawatakuas­a Combi membersihk­an tempat pengumpula­n sampah di Perumahan Taman Sepanggar.
AHLI Jawatakuas­a Combi membersihk­an tempat pengumpula­n sampah di Perumahan Taman Sepanggar.
 ??  ?? SEBAHAGIAN AJK Remaja Combi Taman Sepanggar tidak ketinggala­n menyertai aktiviti pembersiha­n di Perumahan Taman Sepanggar.
SEBAHAGIAN AJK Remaja Combi Taman Sepanggar tidak ketinggala­n menyertai aktiviti pembersiha­n di Perumahan Taman Sepanggar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia