Utusan Borneo (Sabah)

Tiada lagi istilah projek terbengkal­ai di Sabah: Ismail Sabri

- Oleh ALFRED PETRUS

PUTATAN: Tiada lagi istilah projek Program Bantuan Rumah (PPRT) terbengkal­ai di Sabah.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kesemua projek PPRT 2018 akan dipantau dan perlu disiapkan secepat mungkin.

Program Walkabout dan penyerahan kunci rumah PPRT Bina Baru di bawah Program Bantuan rumah KKLW.

“Bagi PPRT 2018, kita akan mulakan dengan segera sebelum berakhirny­a 2018.

“Namun bagi projek PPRT yang melibatkan baik pulih sahaja, saya harap ia disiapkan dalam tempoh satu hingga dua bulan agar tiada lagi istilah projek terbengkal­ai berlaku.

“Untuk memastikan semua projek berjalan dengan lancar, Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan kerajaan negeri mewujudkan jawatankua­sa bersama untuk memantau perkembang­an setiap projek yang dilaksanak­an,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada program Walkabout dan Penyerahan Kunci Rumah PPRT Bina Baru di bawah program Bantuan Rumah KKLW di sini pada Isnin.

Tambahnya KKLW serta kerajaan negeri juga akan membuat perbincang­an berkenaan projek-projek yang hendak dilaksanak­an di Sabah melalui jawatankua­sa bersama itu.

“Melalui jawatankua­sa bersama ini juga, kita akan selesaikan segala masalah yang timbul secara bersama.

“Jadi tidak timbul lagi isu kerajaan negeri tidak mengetahui terdapatny­a rumah mahupun projek yang terbengkal­ai kerana pemantauan akan kita lakukan secara bersama,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ismail berkata kerajaan memberi peruntukan sebanyak RM65.4 juta melibatkan sasaran 3,450 unit rumah di Sabah.

Katanya jumlah berkenaan terbahagi kepada dua jenis projek iaitu bina baharu dan baik pulih.

“Tahun ini, kita akan melaksanak­an sebanyak 250 unit rumah bina baharu dan 3,200 unit rumah untuk dibaik pulih dengan jangkaan lebih kurang 16,000 mendapat manfaat,” katanya.

Sementara itu, dalam majlis berkenaan, Ismail menyerahka­n kunci rumah PPRT kepada tiga buah keluarga di Kampung Muhibbah Putatan.

 ??  ?? TIGA orang sekeluarga menerima replika kunci rumah PPRT mereka yang disampaika­n oleh Ismail (kiri).
TIGA orang sekeluarga menerima replika kunci rumah PPRT mereka yang disampaika­n oleh Ismail (kiri).
 ??  ?? ISMAIL (empat kanan) merakamkan gambar kenangan bersama penerima bantuan PPRT 2017.
ISMAIL (empat kanan) merakamkan gambar kenangan bersama penerima bantuan PPRT 2017.
 ??  ?? ISMAIL berkesempa­tan merasmikan sendiri tiga buah rumah PPRT yang telah siap.
ISMAIL berkesempa­tan merasmikan sendiri tiga buah rumah PPRT yang telah siap.
 ??  ?? ISMAIL (depan dua kanan) berbual mesra dengan penerima bantuan PPRT Harsat Sait (depan dua kiri).
ISMAIL (depan dua kanan) berbual mesra dengan penerima bantuan PPRT Harsat Sait (depan dua kiri).
 ??  ?? ISMAIL (kiri) menyerahka­n replika kunci rumah PPRT kepada salah seorang penerima.
ISMAIL (kiri) menyerahka­n replika kunci rumah PPRT kepada salah seorang penerima.
 ??  ?? ISMAIL (tengah) turut melawat kawasan perumahan pembinaan PPRT berkenaan.
ISMAIL (tengah) turut melawat kawasan perumahan pembinaan PPRT berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia