Utusan Borneo (Sabah)

Litar Permotoran Antarabang­sa Labuan dijangka siap tahun depan

-

LABUAN: Pembinaan Litar Permotoran Antarabang­sa Labuan di Kiansam bakal menggalakk­an komuniti khususnya belia di Wilayah Persekutua­n Labuan untuk menggunaka­n kemudahan berkenaan sebagai aktiviti sukan dan riadah.

Menteri Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ia sekaligus dapat mengurangk­an atau menghapusk­an gejala rempit di pulau bebas cukai ini.

Menurutnya, projek pembinaan litar yang menelan belanja sebanyak RM7 juta itu, menggunaka­n peruntukan daripada kerajaan Pusat melalui Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU), Jabatan Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah Litar Permotoran di Kiansam, Sabtu lalu.

Bagi fasa pertama berjumlah RM3 juta, bagi tujuan pembinaan litar dan baki RM4 juta untuk fasa terakhir akan diteruskan pada tahun berikutnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Labuan Rozman Isli berkata, peruntukan itu melibatkan projek pembinaan litar yang akan dimulakan dalam masa terdekat.

Katanya, secara keseluruha­n projek ini melibatkan peruntukan sebanyak RM7 juta, tetapi untuk fasa pertama diluluskan sebanyak RM3 juta sahaja melibatkan kerja-kerja pembinaan litar.

Tambah Rozman, bakinya pula diharapkan dapat disalurkan pada tahun depan untuk pembinaan kemudahan lain termasuk ruang untuk penonton, podium dan ruangan rawatan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memenuhi janjinya untuk membantu menarik lebih ramai penggemar sukan permotoran ke Wilayah Persekutua­n Labuan menerusi pembinaan litar tersebut ,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan berucap pada majlis Perasmian Pecah Tanah di Kiamsam, Sabtu lalu.

Sementara itu, Rozman memberi penghargaa­n kepada Ketua Pemuda Umno Labuan Datuk Mohd Rafi Ali Hassan yang berusaha memastikan pembinaan litar permotoran di Labuan menjadi realiti.

Menurutnya, usaha yang dilakukan oleh Mohd Rafi wajar dimanfaatk­an oleh golongan belia dengan baik, agar gejala negatif seperti rempit dapat ditangani.

Tambah Rozman, beliau berharap dengan adanya litar tersebut dapat mencungkil bakat belia di Labuan dalam sukan permotoran.

Ia juga dilihat bakal menjadi pusat pelanconga­n sukan dari dalam dan luar negara.

Dalam perkembang­an sama Mohd Rafi melihat Kiansam bakal menjadi lokasi tumpuan sukan permotoran.

Menurutnya, bukan sahaja dengan pembinaan litar permotoran antarabang­sa dengan keluasan tanah seluas 12 ekar pemberian Perbadanan Labuan, malah juga turut tersedia litar lumba kenderaan pacuan empat roda.

Litar permotoran antarabang­sa Labuan dijadual siap hujung tahun depan.

Turut hadir isteri Tengku Adnan Datin Seri Utama Anggraini Sentiyaki, Ketua Setiausaha Kementeria­n Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Adnan Md Ikshan, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Datuk Azhar Ahmad.

 ??  ?? TENGKU Adnan (empat kanan) menghadiri Majlis Pecah Tanah Litar Permotoran di Kiansam, pada Sabtu. Turut kelihatan Anggraini Sentiyaki (tiga kanan), Adnan (dua kanan), Rozman (enam kanan) dan Mohd Rafi (lima kanan).
TENGKU Adnan (empat kanan) menghadiri Majlis Pecah Tanah Litar Permotoran di Kiansam, pada Sabtu. Turut kelihatan Anggraini Sentiyaki (tiga kanan), Adnan (dua kanan), Rozman (enam kanan) dan Mohd Rafi (lima kanan).
 ??  ?? TENGKU Adnan (tengah) bersama peserta pacuan empat roda Labuan. Turut kelihatan Rozman (duduk tiga kanan) dan Mohd Rafi (berdiri belakang baju hitam).
TENGKU Adnan (tengah) bersama peserta pacuan empat roda Labuan. Turut kelihatan Rozman (duduk tiga kanan) dan Mohd Rafi (berdiri belakang baju hitam).
 ??  ?? MOHD Rafi selaku pencetus idea pembinaan litar permotoran Labuan.
MOHD Rafi selaku pencetus idea pembinaan litar permotoran Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia