Utusan Borneo (Sabah)

Bola sepak Piala Parlimen Sipitang 17 Feb

-

SIPITANG: Hadiah wang tunai berjumlah RM24,000 ditawarkan kepada pasukan yang menyertai Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah dan Liga Veteran Piala Parlimen Sipitang pertengaha­n bulan ini.

Kejohanan di padang Majlis Daerah Sipitang itu yang akan diadakan pada 17 Februari ini bagaimanap­un hanya terbuka kepada pasukan dalam Parlimen Sipitang.

“Tawaran hadiah wang tunai itu bukanlah matlamat sebenar penganjura­n sebaliknya kita mahu membuka ruang serta peluang kepada barisan pemain untuk memperliha­tkan potensi serta bakat yang dimiliki,” kata pengerusi penganjur Ramli Awang Said @ Special di sini kelmarin.

Beliau berkata kejohanan itu diharap dapat menyemarak­kan lagi sukan bola sepak di Parlimen Sipitang.

“Kita yakin Sipitang adalah antara daerah yang mampu melahirkan pemain bola sepak berkualiti dan mampu diserapkan dalam pasukan negeri serta kebangsaan,” katanya.

Bagi kejohanan sembilan sebelah, juara bakal menerima RM5,000 berserta piala dan medal manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima RM4,000 dan RM2,000 selain piala dan medal.

Bagi liga veteran pula, juara akan menerima RM5,000, piala dan medal sementara tempat kedua akan menerima RM4,000, piala dan medal.

Tempat ketiga dan keempat pula akan menerima RM2,500 dan RM1,500 berserta piala dan medal.

Berbeza dengan kejohanan sembilan sebelah, penganjur hanya membenarka­n dua pemain yang berusia 35 hingga 39 tahun disenaraik­an dalam pasukan.

Selain itu setiap pasukan juga perlu menyenarai­kan dua pemain yang berusia 50 tahun ke atas manakala selebihnya iaitu tujuh pemain berusia 40 hingga 49 tahun.

Setiap penyertaan akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM350 dan tarikh tutup penyertaan pada 14 Februari ini.

Kejohanan dijangka akan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Hj Ahmad yang akan menyampaik­an piala serta hadiah kepada pemenang nanti.

Bagi mendapatka­n keterangan lanjut, boleh menghubung­i Jus Bina, tel: 0109525665, Fiqrie (0189713811) dan Zainal (0113167631­6) dan Anuar (0195354553) bagi DUN Sindumin, Mazlan (0196676654), Jusli (0198704141) dan Fauzi (0135362867) bagi DUN Lumadan.

 ??  ?? RAMLI
RAMLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia