Utusan Borneo (Sabah)

Indonesia juara BATC tewaskan China

Tewaskan China 3-1 pada perlawanan akhir

-

ALOR SETAR: Indonesia muncul juara Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2018 selepas mengejutka­n China 3-1 pada perlawanan akhir di Stadium Sultan Abdul Halim Suka Menanti, di sini pada Ahad.

Ini kali kedua Indonesia muncul juara BATC kategori berpasukan lelaki selepas kali pertama memenangi pada 2016, di Hyderabad, India yang juga merupakan edisi sulung kejohanan berkenaan.

Perseorang­an pertama, Jonatan Christie memerlukan lebih satu jam sebelum mengesahka­n mata pertama buat Indonesia apabila mengejutka­n pemain di ranking ketujuh dunia Shi Yuqi 16-21, 21-17, 21-18.

Gandingan Mohammad Ahsan-Angga Pratama menyumbang mata kedua kepada naib juara Piala Thomas 2016 itu selepas menundukka­n He JitingTan Qiang dengan straight set 21-19, 21-18.

China merapatkan jurang menerusi Qiao Bin yang mengalahka­n Anthony Ginting 21-12, 11-21, 2114.

Pasangan beregu kedua Indonesia, Rian Agung Saputro-Hendra Setiawan menjadi wira pasukan selepas mengutip mata kemenangan dengan mengetepik­an pasangan Han ChengkaiZh­ou Haodong 21-14, 2119.

“Pada set pertama, jauh daripada apa saya fikirkan kerana corak permainan agak mencabar dari segi hantaranny­a. Di set seterusnya, saya mula berfikir yang kita samasama pemain muda. Kita seperti berlawan fizikal dan mental.

“Satu-satunya cara, perlu lebih pintar. Kalau dilihat dari segi fizikal dia memang kuat. Saya gembira sehingga ke tahap ini, saya berjaya menyempurn­akan tugas saya selaku perseorang­an pertama hingga ke babak final hari ini,” kata Jonatan.

Jurulatih beregu Indonesia, Herry Iman Pierngadi berkata pada penentuan akhir hari ini (Ahad), beliau cenderung memilih pemain lebih berpengala­man untuk menghadapi saat-saat

- Gambar BERNAMA genting meskipun pasangan kesilapan pada Sabtu, Rian-Hendra mengalami beberapa perkara sudah kekalahan ketika menentang dikenal pasti dan berjaya gandingan Korea Selatan diterjemah­kan oleh pada aksi separuh akhir pada gandingan Rian-Hendra Sabtu. yang menyumbang mata

Katanya, daripada kemenangan Indonesia, sekali gus mengekalka­n gelaran juara BATC untuk kali kedua, selepas memenangin­ya pada 2016.

Selain itu, Herry berharap barisan pemain tidak leka dengan persiapan bagi menghadapi saingan sebenar pada Piala Thomas di Bangkok, Thailand dari 20-27 Mei depan.

“Masih ada baki tiga bulan, kita buat persiapan lebih baik kerana cabaran di Bangkok nanti jauh lebih sukar kerana ada Denmark, England dan China yang akan hantar pasukan terkuat. Kita tidak mahu terlena dengan hasil dicapai hari ini,” katanya.

 ??  ?? TUNKU Bendahara Kedah Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah (depan lima, kiri) bergambar bersama pemain badminton China, Indonesia dan Malaysia ketika hadir pada Majlis Penyampaia­n Pingat dan Piala pada Kejohanan Badminton Asia 2018 (BATC) di Stadium Sultan Abdul Halim pada Ahad.
TUNKU Bendahara Kedah Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah (depan lima, kiri) bergambar bersama pemain badminton China, Indonesia dan Malaysia ketika hadir pada Majlis Penyampaia­n Pingat dan Piala pada Kejohanan Badminton Asia 2018 (BATC) di Stadium Sultan Abdul Halim pada Ahad.
 ?? Gambar BERNAMA ?? PEMAIN badminton daripada Indonesia bergambar bersama selepas bergelar Juara pada Kejohanan Badminton Asia 2018 (BATC) di Stadium Sultan Abdul Halim pada Ahad. -
Gambar BERNAMA PEMAIN badminton daripada Indonesia bergambar bersama selepas bergelar Juara pada Kejohanan Badminton Asia 2018 (BATC) di Stadium Sultan Abdul Halim pada Ahad. -
 ?? Gambar BERNAMA ?? PEMAIN badminton Malaysia bergambar bersama selepas mendapat Tempat Ketiga pada Kejohanan Badminton Asia 2018 (BATC) di Stadium Sultan Abdul Halim pada Ahad. -
Gambar BERNAMA PEMAIN badminton Malaysia bergambar bersama selepas mendapat Tempat Ketiga pada Kejohanan Badminton Asia 2018 (BATC) di Stadium Sultan Abdul Halim pada Ahad. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia