Utusan Borneo (Sabah)

PBSS pelihara budaya Bajau Sama

Turut berperanan menyatukan komuniti agar lebih berdaya saing

-

KOTA BELUD: Persatuan Bajau Sama Sabah (PBSS) ditubuhkan semata-mata untuk memelihara budaya, bahasa dan adat-resam suku kaum Bajau Sama selain menyatupad­ukan kaum itu.

Presiden PBSS Datuk Seri Hj Hajiji Hj Noor Hajiji berkata tidak timbul soal saling bersaing antara PBSS dengan pertubuhan lain yang mempunyai matlamat yang sama seperti Usbo dan PSS.

“Kita akui Datuk Seri Salleh Said, Tan Sri Pandikar Amin dan Datuk Abdullah Sibil sebagai pemimpin masyarakat tempatan khususnya di Kota Belud.

“Bahkan kita selalu saling berbincang bagaimana hendak menaikkan martabat atau status suku kaum Bajau Sama mahupun Iranun. Tiada masalah,” katanya ketika merasmikan PBSS Cawangan Daerah Kota Belud di Kg Taun Gusi di sini pada Ahad.

Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan menjelaska­n tujuan utama PBSS adalah semata-mata supaya budaya, bahasa dan adat-resam suku kaum Bajau Sama tidak ditelan zaman terutama sekali dalam kalangan muda-mudi.

“Misalnya, kita mahu supaya belia dan beliawanis kita pandai bercakap bahasa Bajau Sama, pandai main betitik, pandai menari berunsai, pandai masak penjaram, pandai bermain sepak manggis dan sebagainya supaya kaum ini duduk bersama rendah dan berdiri bersama tinggi dengan suku kaum lain. Itu sahaja,” jelas beliau.

Sementara itu, Hajiji menyifatka­n Kota Belud sebagai ibu kota suku kaum Bajau Sama.

Katanya Kota Belud adalah ‘power house’ Bajau Sama sama seperti Penampang adalah ‘heartland’ suku kaum Kadazan.

“Segala-galanya mengenai Bajau Sama berpusat di Kota Belud baik dari segi bahasa, budaya dan sebagainya.

“Kota Belud adalah Bajau Sama dan Bajau Sama adalah Kota Belud,” katanya sambil mengambil kira bahawa terdapat kaum lain di daerah ini seperti Kadazandus­un.

Beliau berkata Kota Belud juga sinonim dengan penunggang kuda yang terkenal sebagai ‘Bajau

HAJIJI memeriksa hasil pembuatan Keris yang juga salah satu perusahaan domestik Bajau Sama Kota Belud. Horsemen’ atau ‘Cowboys of the East’.

Bahkan tambahnya, Bajau Horsemen Kota Belud begitu terkenal sehingga pernah dijemput ke Kuala Lumpur untuk mengambil bahagian dalam perbarisan semasa perayaan besar seperti Hari Kebangsaan dan sebagainya.

Terdahulu itu, Hajiji diiringi Timbalan Presiden PBSS Datuk Musbah Jamli tiba di tapak perasmian dengan menaiki kereta usungan yang didahului oleh beberapa penunggang kuda.

Turut mengiringi Hajiji ialah Naib Presiden PBSS Datuk Japlin Akim dan Pengerusi PBSS Kota Belud Idris Nanti.

Hadir menyaksika­n perasmian itu ialah wakilwakil dari persatuan ethnik Kota Belud yang lain seperti Presiden Perisa Datuk Almudin Kaidah, Presiden Usto James Bagah dan Setiausaha Agung PSS Ismail Yusuf.

Turut hadir ialah Setiausaha Agung PBSS Kassim Razali serta beberapa pengerusi cawangan PBSS dari seluruh Sabah.

Mereka terdiri daripada Hj Noorzain Tawi (Tuaran), Matrudin Radin (Kuala Penyu), Jasni Eser (Pulau Banggi), Aftar Nurajat (Tawau), Hj Muhammad Tasan (Pitas), Datu Ariffin Datu Ibrahaim (Kudat), Hj Raisin Gagah (Tenghilan), Hj Awang Dullah (Tamparuli) dan Dato’ Hussein Oyong (Kota Marudu).

“Bahkan kita selalu saling berbincang bagaimana hendak menaikkan martabat atau status suku kaum Bajau Sama mahupun Iranun. Tiada masalah.

DATUK SERI HJ HAJIJI HJ NOOR HAJIJI Presiden PBSS

 ??  ??
 ??  ?? (Dari kiri, berdiri) JAPLIN, Hajiji, Musbah dan Idris menyaksika­n perkahwina­n olok-olok suku kaum Bajau Sama.
(Dari kiri, berdiri) JAPLIN, Hajiji, Musbah dan Idris menyaksika­n perkahwina­n olok-olok suku kaum Bajau Sama.
 ??  ?? HAJIJI diiringi Musbah tiba di Taun Gusi dalam usungan yang didahului oleh penungang kuda.
HAJIJI diiringi Musbah tiba di Taun Gusi dalam usungan yang didahului oleh penungang kuda.
 ??  ??
 ??  ?? HAJIJI, Musbah, Japlin dan Idris menyaksika­n permainan Suki, iaitu‘Chess’ala Bajau Sama. Hajiji menyatakan bahawa permainan tradisi seperti begini harus dipelihara.
HAJIJI, Musbah, Japlin dan Idris menyaksika­n permainan Suki, iaitu‘Chess’ala Bajau Sama. Hajiji menyatakan bahawa permainan tradisi seperti begini harus dipelihara.
 ??  ?? MUSBAH (kanan) menunjukka­n bakatnya bermain sepak manggis, diperhatik­an oleh Hajiji, Japlin dan Idris.
MUSBAH (kanan) menunjukka­n bakatnya bermain sepak manggis, diperhatik­an oleh Hajiji, Japlin dan Idris.
 ??  ?? PARA peserta Ratu Serimpak.
PARA peserta Ratu Serimpak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia