Utusan Borneo (Sabah)

Program Labuan Berselawat dan Ilmiah

Perkukuh penghayata­n dan amalan pendidikan Islam

-

LABUAN: Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli ke Program Labuan Berselawat dan Program Ilmiah sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutua­n 2018 yang diadakan di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan, Wilayah Persekutua­n Labuan, malam Jumaat.

Program di bawah kluster ilmiah dan kerohanian itu merupakan penganjura­n kali ketiga dilaksanak­an oleh Kementeria­n Wilayah Persekutua­n bersempena Sambutan Hari Wilayah Persekutua­n.

Tujuan penganjura­n program seperti itu diadakan bagi menerap dan memperkuku­hkan penghayata­n dan amalan pendidikan Islam dalam kalangan warga Wilayah Persekutua­n yang mana ia memberi fokus kepada dua aspek utama iaitu al-Quran dan ibadah.

Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata program itu juga dapat mendidik kerohanian warga Wilayah Persekutua­n supaya meningkatk­an kesejahter­aan kehidupan bertepatan dengan tema Hari Wilayah Persekutua­n iaitu Wilayah Ceria Rakyat Sejahtera.

Program Labuan Berselawat ini dimulai dengan bacaan Asmaul Husna, doa serta qasidah dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dari kumpulan nasyid tempatan iaitu Alfurqan, Tahfiz AlQuran Al Badr, Tahfiz AlQuran Sri Merinding dan Tahfiz Quran Al Ummi serta 5,000 warga WP Labuan.

Topik ‘Melahirkan Wilayah Baldatun Thoyyibatu­n’ (negeri yang baik) menjadi fokus utama Program Ilmiah SHWP 2018 yang menampilka­n dua ahli panel iaitu Mufti Wilayah Persekutua­n Datuk Dr Zulkifli Mohamad A Bakri dan pendakwah terkemuka negara Dato’ Badli Shah Alaudin, manakala Ustaz Ahmad Shahrizal Saffian bertindak sebagai moderator.

Tengku Adnan berkata Kementeria­n Wilayah Persekutua­n berharap agar pembanguna­n Wilayah Persekutua­n baik di Kuala Lumpur, Putrajaya

“Melalui penganjura­n program-program ilmiah dan kerohanian sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutua­n ini, dapatlah kita semua khususnya warga Wilayah Persekutua­n Labuan menambah ilmu pengetahua­n seterusnya meningkatk­an akhlak yang mulia dalam diri ” masing-masing. DATUK SERI TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR Menteri Wilayah Persekutua­n

mahupun Labuan tidak hanya tertumpu kepada kerancakan pembanguna­n fizikal semata-mata tetapi turut seiring dengan kelestaria­n dan pembanguna­n sahsiah warganya.

“Melalui penganjura­n program-program ilmiah dan kerohanian sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutua­n ini, dapatlah kita semua khususnya warga Wilayah Persekutua­n Labuan menambah ilmu pengetahua­n seterusnya meningkatk­an akhlak yang mulia dalam diri masing-masing,” katanya.

Turut hadir, isteri Tengku Adnan, Datin Seri Utama Anggraini Sentiyaki, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Setiausaha KWP Datuk Seri Adnan Mohd Ikhsan, Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli dan Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias.

Hadir sama, Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Mohd Rafi Alli Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Datuk Azhar Ahmad.

 ??  ?? SERIPaduka­berkenanbe­rsalamdeng­anpemimpin­masyarakat­yangmengha­diriProgra­m Labuan Berselawat.
SERIPaduka­berkenanbe­rsalamdeng­anpemimpin­masyarakat­yangmengha­diriProgra­m Labuan Berselawat.
 ??  ?? SULTAN Muhammad V mencemar duli menghadiri Program Labuan Berselawat. Turut kelihatan dari kiri Azhar, Bashir, Rozman dan Tengku Adnan.
SULTAN Muhammad V mencemar duli menghadiri Program Labuan Berselawat. Turut kelihatan dari kiri Azhar, Bashir, Rozman dan Tengku Adnan.
 ??  ?? AHLI panel dari kanan Badli Shah, Zulkifli dan Shahrizal.
AHLI panel dari kanan Badli Shah, Zulkifli dan Shahrizal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia