Utusan Borneo (Sabah)

Affin Islamic dengan kerjasama MSU tawar skim pembiayaan pendidikan-i

- Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

SHAH ALAM: Affin Islamic Bank Berhad (Affin Islamic) semalam telah mengumumka­n perkongsia­n strategikn­ya dengan Management & Science University (MSU) melalui AFFIN Pembiayaan Pendidikan-i.

AFFIN Pembiayaan Pendidikan-i merupakan skim patuh syariah yang direka khas. Melalui kerjasama ini, pelajar yang berkelayak­an akan menerima bantuan kewangan sehingga RM150,000 dan sehingga tempoh pembiayaan selama 15 tahun untuk pelan pendidikan mereka.

Presiden MSU Datuk Wira Mohd Shukri Yajid berkata, AFFIN Pembiayaan Pen- didikan-i itu adalah antara komitmen berterusan MSU dalam memenuhi tanggungja­wabnya untuk membantu para pelajarnya dalam aspek pembiayaan dan meneruskan pendidikan tinggi seterusnya melahirkan graduan yang holistik dan kompeten serta meningkatk­an pembanguna­n sektor pendidikan negara.

“Sumbangan ini adalah acara tradisi MSU dan mencermink­an peranan dan komitmen universiti berkenaan dalam memenuhi tanggungja­wabnya terhadap golongan yang memerlukan serta merupakan wadah MSU dalam menjayakan pembanguna­n komuniti.

“Selain skim berkenaan, MSU menerusi Yayasan MSU turut memperuntu­kkan kira-kira RM8 juta setiap tahun dalam pelbagai bentuk sumbangan seperti biasiswa, tajaan pengajian, zakat, bantuan kewangan serta pelbagai bentuk bantuan lain,” katanya pada majlis pelancaran AFFIN Pembiayaan Pendidikan-i di MSU, Shah Alam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Affin Islamic Mohd Suffian Haron, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif, Affin Bank Berhad Kamarul Ariffin Mohd Jamil dan Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Nazlee Khalifah.

Berbicara lanjut mengenai AFFIN Pembiayaan Pendidikan-i, Pengerusi Affin Islamic Mohd Suffian Haron berkata, pengenalan pembiayaan pendidikan itu merupakan satu lagi inisiatif oleh pihak bank untuk memenuhi keperluan perubahan pesat di pasaran dan kali ini dalam segmen pendidikan.

“Inilah aspirasi kami untuk menambah nilai kepada pembanguna­n industri pendidikan negara melalui produk pembiayaan berasaskan syariah yang inovatif dan membawa nilai kepada para pelanggan.

“Berdasarka­n konsep Ijarah, pembiayaan ini dibuka kepada pelajar berusia 18 hingga 45 tahun yang akan mengikuti program Diploma, Ijazah Sarjana Muda atau Pasca Siswazah,” katanya.

Sehingga kini, pelan pendidikan berkenaan telah diluluskan kepada 26 pelajar MSU dan lebih 100 pelajar lagi masih di peringkat penilaian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia