Utusan Borneo (Sabah)

Kawasan luar bandar turut diberi perhatian k’jaan

Kawasan luar bandar turut diberi perhatian k’jaan

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha membantu semua rakyat termasuk penduduk di luar bandar.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Hj Nizam Abu Bakar Titingan berkata, kerajaan BN akan terus membantu tanpa mengira sejauh mana sekali pun mereka berada walau di kampung-kampung.

Katanya rakyat perlu memilih Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan negeri dan kerajaan Pusat demi kepentinga­n pembanguna­n yang memanfaatk­an mereka.

“Jika kedua-dua kerajaan datang dari parti sama, projek pembanguna­n untuk rakyat lebih mudah dilaksanak­an,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaik­an bantuan zink kepada 10 rumah daif di Kampung Inderasaba­h pada Sabtu.

“Saya mengingatk­an rakyat di kawasan ini supaya tidak tertipu dengan permainan politik pembangkan­g, yang dilihat semakin aktif, sedangkan kerajaan BN sudah sekian lama membantu rakyat negeri ini khususnya di kawasan ini.

“Jangan termakan, tertipu dengan propaganda mainan politik pembangkan­g. Realitinya, rakyat hanya

“Kalau nak pilih parti, mesti pilih yang ada kesamaan dari segi dasar induknya. Kalau kita (parti) berbalah dari segi dasar induk, bagaimana kita boleh tentukan kestabilan ” politik. DATUK HJ NIZAM ABU BAKAR TITINGAN Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri

boleh bergantung kepada BN. Janganlah kita terpedaya dan terpengaru­h dengan tindakan pihak tertentu yang cuba menggugatn­ya (perpaduan dan keharmonia­n) dengan pelbagai hasutan dan tohmahan,” katanya.

Nizam yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Tawau berkata, pembanguna­n yang dibawa oleh BN ditepati dan bukan janji kosong. Keperluan rakyat menjadi keutamaan.

“Kalau nak pilih parti, mesti pilih yang ada kesamaan dari segi dasar induknya. Kalau kita (parti) berbalah dari segi dasar induk, bagaimana kita boleh tentukan kestabilan politik,” katanya.

Terdahulu, Nizam turut mengingatk­an penerima bantuan agar memanfaatk­an kemudahan zink yang diberikan kepada mereka.

Hadir sama, Pegawai Kemajuan Negeri Sabah Dato Hj Ruji Ubi dan PPM Apas Sarman Amat Simito.

 ??  ??
 ??  ?? NIZAM menyampaik­an bantuan zink kepada salah seorang penerima.
NIZAM menyampaik­an bantuan zink kepada salah seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia