Utusan Borneo (Sabah)

Nasrun tunai janji, bina 7 dewan serbaguna bernilai RM1.4 juta

Bina tujuh dewan serbaguna bernilai RM1.4 juta

-

LAHADDATU: Ahli Parlimen Silam Datuk Datu Nasrun Datu Mansur menunaikan janji kepada pengundi di kawasan beliau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tungku dengan membina tujuh dewan serbaguna sebagai penghargaa­n atas sokongan yang tidak berbelah bahagi mereka terhadap Barisan Nasional (BN).

Beliau yang juga Timbalan

“Peruntukan itu dapat memberi kemudahan kepada penduduk kampung di samping memberi sokongan, dorongan dan bimbingan kepada mereka dalam menjalanka­n aktiviti ” yang bermanfaat. DATUK DATU NASRUN DATU MANSUR Ahli Parlimen Silam

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi ingin membalas budi pengundi kerana ketika memenangi pilihan raya umum 2013, DUN Tungku merupakan salah satu kubu kuat BN yang mempunyai pengundi paling ramai turun mengundi.

Tujuh dewan yang bernilai RM1.4 juta iaitu RM200,000 setiap satu siap dibina dan dirasmikan sendiri oleh Nasrun sejak beliau menjadi wakil rakyat dalam tempoh lima tahun dan terbaharu, dua dewan serbaguna telah beliau rasmikan masing-masing di Kg Long Danau dan di Felda Sahabat 16, Tungku pada Ahad.

Beliau berharap peruntukan itu dapat memberi kemudahan kepada penduduk kampung di samping memberi sokongan, dorongan dan bimbingan kepada mereka dalam menjalanka­n aktiviti yang bermanfaat.

“Saya juga berharap masyarakat Parlimen Silam akan terus setia menyokong kepimpinan kerajaan BN agar lebih banyak kemudahan dapat disalurkan kepada mereka di masa akan datang untuk manfaat bersama,” katanya.

Nasrun berkata demikian selepas merasmikan Dewan Sri Sallehwang Kg Long Danau dan Dewan Serbaguna Sekolah Agama Rakyat (SAR) Desa Kencana Tungku.

 ??  ??
 ??  ?? NASRUN menandatan­gani plak sebagai simbolik perasmian Dewan Sri Sallehwang Kg Long Danau.
NASRUN menandatan­gani plak sebagai simbolik perasmian Dewan Sri Sallehwang Kg Long Danau.
 ??  ?? NASRUN memalu gong sebagai gimik perasmian Dewan Sri Sallehwang Kg Long Danau.
NASRUN memalu gong sebagai gimik perasmian Dewan Sri Sallehwang Kg Long Danau.
 ??  ?? NASRUN menerima cenderahat­i daripada pihak penganjur.
NASRUN menerima cenderahat­i daripada pihak penganjur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia