Utusan Borneo (Sabah)

Pasar malam terbuka di pusat bandaraya dan kedai Foh Sang

-

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu akan mengadakan Pasar Malam Terbuka sempena Tahun Baharu Cina di sepanjang Jalan Tun Fuad Stephens, kawasan Pasar Besar Kota Kinabalu, Segama, Padang Merdeka serta Kedai Foh Sang, Luyang bermula jam 1 petang hari ini hingga 2 pagi hari berikutnya.

Pengarah Jabatan Pengaduan dan Perhubunga­n Awam DBKK Syron A Tunggolou berkata, pada tahun ini, lot gerai pasar terbuka adalah bersaiz 8x8 kaki dengan bayaran RM20 untuk satu lot.

Para penjaja diingatkan untuk menyediaka­n tong sampah di lot gerai masingmasi­ng serta menjaga kebersihan semasa dan selepas berniaga.

“Orang ramai dan penjaja juga diminta untuk tidak membuang sampah di meratarata tempat kerana anggota penguatkua­sa DBKK akan mengeluark­an kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Anti Sampah kepada mereka yang berbuat demikian,” katanya.

Bagi memberikan laluan kepada acara ini, beberapa jalan raya akan ditutup mulai jam 12 tengahari pada hari ini sehingga selesai, iaitu sepanjang Jalan Tun Fuad Stephens (dari lampu isyarat Hotel Le Meridien sehingga ke bulatan Hotel Hyatt Regency Kinabalu) dan Jalan Segama serta jalan masuk ke Kedai Foh Sang (di hadapan Jalan Rumah Kedai Golden City dan bulatan berdekatan KFC menuju simpang masuk Foh Sang).

Dalam pada itu, orang ramai juga dimaklumka­n bahawa Pasar Besar Kota Kinabalu akan ditutup sempena perayaan Tahun Baharu Cina selama dua hari iaitu pada 16 dan 17 Februari.

Pasar besar akan dibuka semula pada 18 Februari. Oleh itu, orang ramai adalah dinasihatk­an untuk mengambil peluang membeli barangbara­ng keperluan semasa Pasar Malam Terbuka ini.

 ??  ?? SYRON
SYRON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia