Utusan Borneo (Sabah)

KKLW sediakan peluang perniagaan secara percuma

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Belia Sabah kini tidak perlu bimbang mengenai modal berniaga memandangk­an Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menyediaka­n peluang perniagaan secara percuma.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata Program Usahawan Bergerak yang diilhamkan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sangat sesuai kepada para belia Sabah bagi memulakan perniagaan.

“Kita faham bahawa bagi memulakan perniagaan, modal itu sangat penting, tanpanya perniagaan tidak dapat berkembang.

“Pada hari ini, anak muda kita tidak perlu bimbang kerana kerajaan memberikan anda motosikal secara percuma dengan kelengkapa­n peralatan untuk memulakan perniagaan,” katanya ketika menyempurn­akan Majlis Penyerahan Mobilepren­eur@ KKLW Peringkat Negeri Sabah, di sini pada Selasa.

Beliau berkata, ia adalah antara usaha murni kerajaan Barisan Nasional (BN) menyediaka­n kemudahan kepada belia di negara ini, khususnya di Sabah.

Musa berkata, para belia yang menerima kemudahan itu perlu manfaatkan peluang yang diberikan sebaikbaik­nya.

“Saya menyeru kepada semua penerima bantuan ini agar menunjukka­n komitmen masing-masing dalam memajukan diri dan keluarga.

“Jangan sesekali menyalahgu­nakan kemudahan yang disediakan dengan aktiviti merempit dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya, kerajaan akan sentiasa memantau perkembang­an para penerima bantuan itu bagi memastikan berjaya dalam bidang perniagaan masing-masing.

 ??  ?? MUSA (tengah) dibantu oleh Ismail (kiri) ketika menyempurn­akan gimik perasmian
MUSA (tengah) dibantu oleh Ismail (kiri) ketika menyempurn­akan gimik perasmian

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia