Utusan Borneo (Sabah)

Sabah perlu kaji semula Akta Perbadanan Amanah Raya

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akta 532) perlu dikaji semula di Sabah.

Pengerusi AmanahRaya Berhad Tan Sri Sabbaruddi­n Chik berkata, kajian berkenaan bagi membenarka­n penguatkua­saan Seksyen 17 dan 18 di negeri ini.

Katanya, menerusi penguatkua­saan itu, ia membolehka­n pihaknya menjalanka­n pentadbira­n harta pusaka secara telus bagi aset-aset alih simati yang bernilai RM600,000 dan ke bawah.

“Sekiranya perkara ini dapat dipertimba­ngkan, ia akan menambahba­ik proses pentadbira­n pusaka sedia ada di Sabah.

“Ia kerana, sebelum ini penguatkua­saan Akta 532 adalah terpakai di Sabah kecuali Seksyen 17 dan 18,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis Perasmian Pejabat Baharu AmanahRaya Berhad Cawangan Kota Kinabalu di sini pada Selasa. Majlis berkenaan dirasmikan oleh Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman.

Sementara itu, Pengurus Kanan AmanahRaya Sabah Usman Hamid berkata, penguatkua­saan akta itu bagi memberi kuasa lebih lanjut kepada AmanahRaya untuk menjadi pentadbir harta pusaka di bawah RM600,000 yang tunai (alih).

Beliau berkata, kebaikanny­a urusan pemprosesa­n harta pusaka dapat dibuat lebih cepat kepada waris.

“Jika tidak, proses ini akan mengambil masa yang lebih lama sehingga bertahun untuk diselesaik­an.

“Secara teknikal, kita akan berunding dengan kerajaan negeri melalui Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah untuk bekerjasam­a dalam menyelaras­kan penguatkua­saan akta ini di Sabah,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia