Utusan Borneo (Sabah)

Pendengara­n semakan kes bekas timbalan pengarah Jabatan Air pada 20 Feb

-

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi sini menetapkan pada 20 Februari, untuk tarikh pendengara­n permohonan semakan kes terhadap bekas timbalan pengarah Jabatan Air Sabah, yang didakwa atas 146 pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram kira-kira RM32 juta.

Hakim Ravinthara­n N. Paramaguru membuat keputusan itu terhadap Teo Chee Kong, 52, setelah mendengar hujah pihak pembelaan dan pendakwaan.

Dalam permohonan semakan berkenaan, Teo menentang keputusan Mahkamah Sesyen yang mengetepik­an permohonan­nya agar tidak dibicaraka­n bersama dengan tiga individu lain dan dikemukaka­n video litar tertutup.

Disamping itu, pihak pembelaan juga memohon agar pihak pendakwaan dapat menyerahka­n dokumen berkaitan dan buku pendaftara­n lokap, ketika tertuduh direman.

Kes berkenaan melibatkan bekas Pengarah Jabatan Air Ag Mohd Tahir Mohd Talib, 55, dan isterinya Fauziah Piut, 52, serta Lim Lam Beng@ Lim Chee Hong, 63, yang didakwa atas pertuduhan pengubahan wang haram sebanyak RM61.48 juta.

Tertuduh berhadapan 78 pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Kegamasan 2001.

Teo didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu memiliki 70 bidang tanah, hasil aktiviti haram.

Kesalaham dilakukan antara 14 Februari 2006 hingga 19 Ogos 2014, di Pejabat Tanah Daerah Beaufort, Pejabat Tanah Daerah Kota Kinabalu, Jabatam Tanah Daerah Penampang, Pejabat Tanah Daerah Papar serta Pejabat Tanah dan Ukur Sabah, Jalan Perwira, di sini.

Sebanyak 68 pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Tertuduh didakwa memiliki wang tunai hasil daripada aktiviti haram, pada 4 Oktober hingga 4 November 2016.

Kesalahan dilakukan di Jalan Lintas, Pejabat Jurutera Air Bahagian Kota Kinabalu, Alliance Bank Sinsuran, CIMB Bank Berhad Jalan Sagunting, Affin Bank Berhad, Public Bank Berhad, Maybank Jalan Perpaduan, Hong Leong Bank Lintas, serta Jabatan Organisasi dan Kaedah Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur.

Teo diwakili peguam Roland Cheng, Nelson Anggang dan Ram Singh, kini dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM1.5 juta deposit RM500,000 dicagarkan dua penjamin tempatan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwara­ya Rustam Sanip yang hadir bagi pihak Tengku Amir Zaki dari Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

 ??  ?? TEO (kiri) keluar dari kamar mahkamah, bersama Ram (kanan).
TEO (kiri) keluar dari kamar mahkamah, bersama Ram (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia