Utusan Borneo (Sabah)

Sebabkan kematian: Remaja dihantar ke Henry Gurney

-

KOTA KINABALU: Seorang remaja lelaki yang menyebabka­n kematian seorang lelaki, diperintah­kan Mahkamah Sesyen di sini, dihantar ke sekolah Henry Gurney sehingga berusia 21 tahun.

Hakim Indra Hj Ayub membuat keputusan terbabit terhadap tertuduh yang berusia 17 tahun, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

Tertuduh menyebabka­n kematian Mohd Fadzli Mohd Abdul Tahar, 31, pada 12 Mac tahun lalu antara jam 11 malam hingga 12 tengah malam, di hadapan restoran R uman d awi, Bangunan Plaza Ranau, daerah Ranau.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara selama tempoh 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pada 12 Mac tahun lalu, seorang pegawai polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai seorang lelaki yang disyaki meninggal didalam sebuah kenderaan.

Hasil siasatan lanjut, pada 11 Mac tahun lalu jam 11 malam di restoran Rumandawi, kakak tertuduh didatangi tiga lelaki antaranya mangsa, dalam keadaan mabuk.

Mangsa yang membuat bising ditengking kakak tertuduh, agar tidak mengganggu adiknya, ekoran daripada itu mangsa membuka jaket lalu memukul dan menumbuk kakak tertuduh hingga jatuh.

Salah seorang yang berada di situ menolong kakak tertuduh, pada masa sama tertuduh menghayunk­an tangan beberapa kali ke arah mangsa, yang bersandar pada besi pemegang tangga.

Kakak tertuduh menuju ke arahnya untuk menyuruhny­a berhenti, tidak lama selepas itu, rakan mangsa yang baru keluar dari restoran melihat keadaan rakannya itu.

Beliau memapah mangsa masuk ke dalam kereta tanpa mengetahui rakannya itu cedera, mangsa juga memberikan respon ketika ditegur.

Selepas melihat kepala mangsa berdarah, beliau bertanya siapa yang melakukan tetapi tiada siapa yang mengaku.

Beliau kemudianny­a mengalihka­n kenderaan mangsa ke kawasan parkir di hadapan kedai Fresh Mart 88, lalu pergi kerana beranggapa­n rakannya mabuk.

Keesokan harinya jam 8.30 malam, tertuduh ditangkap pihak polis di restoran terbabit. Turut dirampas sebilah pisau lipat didalam beg sandang.

Hasil bedah siasat, mangsa ditikam tujuh kali dan punca kematian disebabkan pendarahan dalaman akibat tikaman pada paru-paru.

Analisis DNA menunjukka­n, terdapat DNA mangsa pada pisau berkenaan.

Ketika rayuan, peguam Goldam Hamid memohon agar hukuman terhadap anak guamnya diringanka­n kerana seorang pesalah muda.

Menurutnya, pengakuan salah tertuduh menunjukka­n penyesalan, disamping menjimatka­n masa mahkamah.

Bagaimanap­un, beliau meminta mahkamah mengambil kira provokasi yang dilakukan mangsa, sehingga menyebabka­n tertuduh bertindak demikian.

Timbalan Pendakwara­ya Akmazatul Mohd Nawi menyatakan, mahkamah perlu melihat kepada kepentinga­n awam, selain keseriusan kesalahan.

Tegasnya, hukuman yang dijatuhkan harus menjadi pengajaran dan amaran kepada masyarakat agar tidak melakukan kesalahan sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia