Utusan Borneo (Sabah)

Tawarkan khidmat seks, wanita didenda RM7,000

-

KOTA KINABALU: Seorang wanita warga asing yang menawarkan perkhidmat­an seks, dikenakan denda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menjatuhka­n hukuman itu terhadap Miss Gankhuyamg Uranbaigai­l, 27, yang mengaku bersalah.

Tertuduh yang disabitkan mengikut Seksyrn 372 B Kanun Keseksaan, melakukan kesalahan itu pada 27 Oktober jam 4 petang, di bilik sebuah hotel, daerah Penampang.

Jika gagal membayar denda terbabit, Stephanie memerintah­kan penjara selama lima bulan dikenakan.

Mahkamah juga memerintah­kan teruduh dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutny­a.

Sementara itu, mahkamah menetapkan pada 2 Mac untuk pengurusan kes terhadap dua lelaki yang didakwa melakukan ugutan jenayah dan khianat.

Keputusan terbabit dilakukan terhadap seorang mekanik Rosmedih Musih, 36, dan Mahadi Misuari, 40, selepas mengaku tidak bersalah.

Rosmedih didakwa mengikut Seksyen 506 kanun sama, kerana mengugut seorang wanita dengan menggunaka­n sebilah parang, dengan niat menyebabka­n ketakutan.

Kesalahan dilakukan pada 7 Februari jam 9.30 malam, di tepi jalan hadapan sebuah kedai Kampung Labou, Manggatal.

Manakala Mahadi didakwa mengikut Seksyen 427 kanun sama, dituduh sengaja memecahkan cermin kanan penumpang dan belakang kenderaan, milik seorang lelaki berusia 28 tahun.

Sementara menunggu kes selesai, Rosmedih dan Mahadi masing-masing diberikan ikat jamin sebanyak RM2,500 dan RM1,500 dicagarkan dua penjamin tempatan.

Kedua-dua pendakwaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa Insp Suzie@ Stephanie Kupit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia