Utusan Borneo (Sabah)

Kampung Gawang Empili diisytihar kawasan baharu wabak rabies

-

KUCHING:Kampung Gawang Empili, Simunjan semalam telah diisytihar­kan sebagai kawasan baharu wabak rabies menjadikan ia kawasan ke-30 wabak itu.

Menurut Jurucakap Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak ia ekoran keputusan daripada Institut Penyelidik­an Veterinar Ipoh yang mengesahka­n sampel anjing bertuan yang dihantar pada 5 Februari lalu positif rabies.

Pada hari yang sama, tiga sampel anjing telah disahkan positif wabak tersebut termasuk dua anjing liar di pasar Simunjan dan Taman Yen-Yen, Matang di sini.

Pengisytih­aran tersebut telah dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Sehingga kini, jumlah keseluruha­n kawasan yang diisytihar­kan terjejas akibat wabak rabies adalah daripada lima bahagian iaitu Serian 21, Sri Aman (satu), Kuching (empat), Samarahan (tiga) dan Sarikei (satu).

Pada masa yang sama, Program Pemvaksina­n AntiRabies akan diadakan di Dewan Serba Guna Selangau, Sibu pada 14 Februari bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

Laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak bagi kes gigitan haiwan dan mereka yang menerima suntikan vaksin anti-rabies masih tertinggi di Kuching iaitu 19 kes, Serian tujuh dan Sri Aman tiga.

Kes gigitan haiwan peliharaan paling banyak melibatkan anjing iaitu 16 kes diikuti kucing bertuan sebanyak lapan kes dan dua ekor serta tiga ekor masingmasi­ng anjing dan kucing liar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia