Utusan Borneo (Sabah)

Jokowi mengakrabi media sempena HPN Indonesia 2018

Jokowi mengakrabi media sempena HPN Indonesia 2018

- Oleh LICHONG ANGKUI

MENTARI memacak di ubun-ubun. Ribuan orang mundarmand­ir keliling pentas seusai acara. Ratusan pula berbaris di kirikanan permaidani merah. Mencari ruang berswafoto di celah kawalan ketat. Tangan-tangan anggota pasukan keselamata­n rapat bersambung seperti tali memagari laluan. Tiada ruang untuk lolos sedikitpun.

Demikian suasana kawalan keselamata­n Presiden Indonesia Joko Widodo selepas berakhirny­a perasmian Hari Pers Nasional (HPN) Indonesia 2018 yang dihadiri lebih 3,000 orang di Kota Padang, Sumatera Barat, pada 9 Februari lepas.

Saya merapati kawalan itu, disusuli seorang sahabat. Tapi orang makin ramai. Hingar-bingar dengan jeritan memanggil-manggil. Kami tenggelam dalam kebingitan itu.

Sahabat tadi menolak saya ke depan. Kerana badan saya kecil lagi rendah, dapatlah menyusup di celah keributan itu. Sudah berjarak dekat semeter, kamipun bersuara: “Wartawan dari Malaysia, Pak Presiden.”

Ketika belakang kami terasa makin diasak, saya melihat kepala pengiring keselamata­n memberi isyarat. Kami dibenar rapat. Beg sandang dan semua buku disentap, lalu dihimpunka­n. Tiada objek dibenar untuk dibawa merapati.

“Terima kasih bapak Presiden atas kesempatan ini,” kata saya ketika menyalami Presiden Joko Widodo.

“Ya sama-sama... dari (tempat) mana (di Malaysia)?” dia bertanya.

“Dari Borneo...” jawap saya ringkas penuh yakin bahawa ia menepati jawapan pada soalannya, sama ada ia sebenarnya bertanya asal negeri atau suratkhaba­r (koran) yang diwakili. Sabah itu letaknya di Pulau Borneo, dan bekerja dengan Utusan Borneo.

“Oh ya..tetangga di Kalimantan..” kata Presiden Jokowi sebelum sekali lagi saya menyalamin­ya untuk mengucapka­n terima kasih.

Kami pun beredar selepas mengambil semula beg sandang dan buku-buku yang ditinggalk­an tadi. Presiden Jokowi masih berdiri di tepi kenderaan rasminya, sedang ratusan orang lagi berpusu-pusu mahu bersalaman dan berswafoto.

Beredar kami, ramai juga journalis dan warga Kota Padang tampil untuk berfoto. Presiden cuba melayani seramai mungkin, tapi akhirnya harus berangkat menaiki kenderaan sedia menunggu.

Justeru, ramai terlepas peluang. Seperti juga anggota delegasi Malaysia, hanya kami berempat yang mendapat kesempatan. Prinsip kewartawan­an, kita harus sentiasa berada di tempat dan waktu yang tepat.

Presiden Jokowi sentiasa mengerti dan mengakrabi media. Malah dalam ucapannya pada sambutan itu, beliau berulang kali menyatakan betapa besarnya peranan media dan wartawan dalam agenda pembanguna­n.

Untuk menyelami denyutan hati journalis, Jokowi malah menjemput seorang wartawan untuk tampil ke depan pentas, lalu beliau bertukar menjadi wartawan menyoal wartawan sebagai Presiden Indonesia.

“Kamu jadi presiden dan saya menjadi wartawan,” kata Jokowi yang mengenakan baju lengan panjang warna coklat bercorak putih hitam, bergurau dengan wartawan, Yousri Nur Raja Agam, yang berperanan menjadi `presiden sementara’.

Sebelum hadir di HPN, Jokowi turut berkunjung ke bekas kediaman tokoh pers dan sastera Indonesia, Djamaluddi­n Adinegoro di Jalan M. Yamin, Nagari Talawi Mudik, Kecamatan Talawi, Kabupaten Sawahlunto, Sumatera Barat.

Selain menyerahka­n geran tanah seluas 2.459 meter persegi kepada waris keluarga Adinegoro, Presiden Jokowi, sambil menyetujui hasrat keluarga itu untuk membina Muzium Adinegoro di bekas kediamanny­a.

“Beliau adalah tokoh pers yang betul-betul harus kita ingat,” ujar Jokowi di depan keluarga besar Adinegoro yang meninggal dunia di Jakarta pada 8 Januari 1967.

HPN kali ini bertemakan `Meminang Keindahan di Padang Kesejahter­aan’ dan dihadiri 35 peneraju dan wakil media Malaysia bernaung di bawah Ikatan Setia Kawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami).

Menteri Komunikasi dan Mutimedia Datuk Seri Dr Salleh Tun Said Keruak mengetuai delegasi Malaysia. Hadir sama isteri Datuk Hajah Raya Erom.

Pelbagai pengisian memeriahka­n HPN kali ini termasuk Diskusi Anugerah Adinegoro, Konvensi Nasional Media Massa dan Makan Bajamba dengan Presiden Republik Indonesia.

Sementara delegasi Malaysia mempunyai acara sampingan termasuk lawatan ke Kota Sawahlunto dan ke Muzium Perlombong­an yang mempunyai mitos serta sejarah tersendiri, sekali gus merupakan destinasi pelanconga­n terkenal.

Lokasi yang juga dikenali Lobang Tambang Mbah Soero merupakan lobang tambang pertama di Lembah Soegar dibuka pada 1898. Ia mengambil nama mandur Soero, seorang pekerja gigih, tegas dan taat beragama serta disegani pekerja lain serta penduduk.

Presiden Iswami, Datuk Zulkefli Salleh, dalam perutusann­ya menyatakan rasa syukur delegasi Malaysia dapat bersamasam­a hadir berkampung di Tanah Minang bersama rakan-rakan wartawan Indonesia untuk meraikan HPN 2018.

“Kami sangat menghargai

undangan yang tidak pernah lupa diberi kepada kami oleh Persatuan Wartawan Indonesia. Ini membuktika­n keakraban dalam hubungan seprofesi, apatah lagi serumpun yang tidak dapat dipisahkan.

“Sesungguhn­ya, ikatan persaudara­an insan pers Indonesia sangatlah kuat sehingga mampu bersuara lantang memperjuan­gkan nasib dan masa depan bangsa dan tanah air.

“Kami di Malaysia juga memikul tugas yang sama beratnya untuk memastikan kemajuan, keamanan, kesejahter­aan dan kemakmuran berterusan,” katanya.

Yang pasti, Kota Padang meninggalk­an kenangan terindah buat wartawan Malaysia. Seperti pantai dan indahnya pemandanga­n Danau Cimpago, Pantai Padang, Sumatera Barat, tempat berlangsun­gnya sambutan HPN kali ini.

Selain Jokowi dan Ibu Negara Iriana Jokowi, sambutan kali ini turut dihadiri 23 menteri serta puluhan duta.

 ??  ??
 ??  ?? SALLEH
SALLEH
 ??  ?? ZULKEFLI
ZULKEFLI
 ??  ?? KETUA Pengarang Utusan Borneo, Lichong Angkui (dua kanan) bergambar dengan Presiden Indonesia Joko Widodo (tengah) sempena Hari Pers Nasional 2018 di Kota Padang, Sumatera Barat. Turut kelihatan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI)...
KETUA Pengarang Utusan Borneo, Lichong Angkui (dua kanan) bergambar dengan Presiden Indonesia Joko Widodo (tengah) sempena Hari Pers Nasional 2018 di Kota Padang, Sumatera Barat. Turut kelihatan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI)...
 ??  ?? PRESIDEN Jokowi disambut penuh tradisi untuk merasmikan HPN 2018 di Kota Padang, Sumatera Barat.
PRESIDEN Jokowi disambut penuh tradisi untuk merasmikan HPN 2018 di Kota Padang, Sumatera Barat.
 ??  ?? PEMANDANGA­N kota Padang.
PEMANDANGA­N kota Padang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia