Utusan Borneo (Sabah)

Orang ramai dipelawa hadir Pesta Tahun Baharu Cina

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

PITAS: Orang ramai dipelawa untuk menghadiri dan memeriahka­n lagi Pesta Tahun Baharu Cina 1Malaysia Peringkat daerah Pitas yang akan diadakan pada 17 Februari hingga 24 Februari ini.

Pengerusi Penganjur, Dato’ Seri Dr Ruddy Awah berkata pelbagai acara sudah diatur untuk mengisi Pesta Tahun Baharu Cina yang sudah diiktiraf dalam Malaysia Book of Record sebagai Pesta Tahun Baharu Cina terpanjang di Malaysia.

Beliau berkata, program itu diadakan setiap tahun dengan pelbagai acara seperti majlis derma darah, pertanding­an bola tampar, Pertanding­an Sepak Takraw,Pertanding­an Karaoke, Battle of The Band, Pertanding­an Karaoke Lagu Dangdut, Pertanding­an Lagu Ciptaan sendiri, Pertanding­an Ratu Tahun Baharu, Tarik Tali,Sukaneka dan sebagainya.

Beliau berkata, majlis pada tahun ini agak berbeza dengan tahun-tahun yang lalu kerana kali ini ia turut dijayakan bersama oleh beberapa persatuan seperti Persatuan Sonsogan Pitas,k Persatuan BangsaSung­aiPitas,Persatuan Bajau Samah Pitas, KDCA Pitas, Persatuan Kebajikan dan Rekreas Daerah Pitas

Ia juga berharap Pesta Tahun Baharu Cina itu dapat membantu mempromosi Pitas di pelancong tempatan dan luar negara. Pesta itu juga sudah dimasukkan sebagai salah satu acara dalam kalendar pelanconga­n Sabah.

Beliau berkata, majlis pada tahun ini agak berbeza dengan tahun-tahun yang lalu kerana kali ini ia turut dijayakan bersama oleh beberapa persatuan seperti Persatuan Sonsogan Pitas,k Persatuan BangsaSung­aiPitas,Persatuan Bajau Samah Pitas, KDCA Pitas, Persatuan Kebajikan dan Rekreas Daerah Pitas,

Beberapa artis terkenal seperti Ziana Zain, Wani Hasrita, Tajul dan Jamal Abdillah, Zamani Slam, Eti Parwati @Hesty Klepek klepek, Nabil Raja Lawak dan penyampai Radio Era.

Artis tempatan seperto S Welly dan Rida Malanjang, Marlizah (Eton) Rubisa Tiasin , Tantiana, Ayu karm, Francis Landong, Marlleynne­y Fane, Sufian Suhaimi, Amy Pangalat turut mengadakan persembaha­n dalam pesta itu.

Majlis Perasmian Pesta Tahun Baharu Cina 1 Malaysia itu dijangka disempurna­kan oleh Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun di Dataran Kampung Salimpodon Laut Pitas pada 17 Februari manakala Majlis penutupan akan dilakukan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor pada 24 Februari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia