Utusan Borneo (Sabah)

Pemuda Upko sambut baik gesaan letak calon muda PRU14

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda Upko menyambut baik gesaan Pengerusi Badan Perhubunga­n Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah Haji Yamani Hafez Musa, agar BN meletakkan caloncalon muda untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ketua Pemuda Upko Pusat Arthur Sen berkata, gesaan Yamani selaras dengan kenyataan media oleh Pemangku Presiden Upko Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau yang menyatakan bahawa Upko akan meletakkan caloncalon muda yang boleh bercakap atau menyuaraka­n citarasa rakyat akar umbi, bertenaga dan bergema seperti (disiarkan dalam Free Malaysia Today bertarikh 8 Februari 2018).

“Pemuda Upko menyambut baik gesaan ini dan sudah pasti ini adalah motivasi dan pemangkin semangat pemuda untuk berusaha mengetenga­hkan calon-calon BN pada PRU14,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

“Pemuda Upko yang selama ini dikatakan sebagai pemimpin pelapis dan saya melihat pada PRU14 sudah tiba masanya mereka dicalonkan.

Kita melihat bahawa kurangnya ahli-ahli Dewan RakyatdanD­ewanUndang­an Negeri Sabah yang muda. Maka proses peremajaan parti kompenan dalam BN perlu dilakukan sesuai dengan keadaan semasa,” katanya.

Arthur berkata, ada dua sebab yang utama kenapa perlu peremajaan parti dibuat.Yang pertama, orangorang muda yang paling sesuai dalam melaksanak­an transforma­si politik selaras denganhala­tujuTransf­ormasi Nasional 2050.

“Calon-colon muda sudah pasti dapat merasai denyutan nadi belia dan beliawanis masakini. Mereka lebih rapat dengan kumpulan sasaran TN50.

“Malahan mereka sudah pasti lebih bertenaga untuk turun padang berjumpa dengan rakyat jelata tidak kiralah yang sudah tua mahupun muda.

“Itu adalah sudah hakikat kelebihan. Justeru, ahli-ahli Dewan Rakyat mahupun Dewan Undangan Negeri ini membawa usul-usul akar umbi yang bersifat lebih holistik untuk diketengah­kan bagi maksud kelulusan kerajaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia