Utusan Borneo (Sabah)

Pembangkan­g raih simpati rakyat

- Oleh YUSOP TEPPO

TELUPID: Parti pembangkan­g memperkeci­lkan usaha kerajaan membangunk­an kawasan luar bandar bertujuan meraih simpati dan sokongan rakyat.

Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, mereka berbuat demikian kerana mereka tahu isu pembanguna­n luar bandar mampu menarik sokongan rakyat di kawasan itu.

Justeru, beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat mahu rakyat tidak harus terpengaru­h dengan politik pembangkan­g.

Ini kerana katanya, yang jelas kawasan luar bandar kini rancak menikmati perubahan.

“Kepimpinan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak komited dalam membangunk­an kawasan luar bandar,” katanya ketika merasmikan Dewan Orang Ramai Kampung Kiabau di sini, pada Isnin.

Dewan itu dibina oleh kerajaan dengan peruntukan RM250,000.

Ronald berkata, amat penting mengekalka­n kerajaan yang prihatin akan percepatka­n pembanguna­n yang dikehendak­i penduduk di luar bandar.

Menurutnya, rakyat di luar bandar negeri ini tentu dapat membanding­kan pembanguna­n ketika negara dipimpin oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad selama 22 tahun dengan di bawah Najib sekarang.

Katanya, mengundi pembangkan­g akan meletakkan semula Tun Mahathir sebagai perdana menteri, satu malapetaka bagi penduduk di luar bandar.

“Jelas tindakan ini bukan pilihan terbaik bagi penduduk luar bandar,” tegasnya.

Beliau berkata, usaha memperkeci­lkan usaha kerajaan tidak akan berhasil kerana rakyat tahu menilai kerajaan yang terbaik untuk mereka.

Ronald berkata, Kampung Kiabau sebagai contoh, kini telah menikmati bekalan elektik, air dan jalan berturap yang disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau yakin dengan pertumbuha­n ekonomi yang memberangs­angkan dan pungutan hasil yang berkesan lebih banyak peruntukan akan disalurkan kerajaan untuk pembanguna­n di luar bandar.

Katanya, yang pasti lebih banyak kampung akan dapat menikamati bekalan air, elektrik dan jalan berturap yang diperlukan di luar bandar.

 ??  ?? RONALD menandatan­gani plak sempena perasmian Dewan Orang Ramai Kampung Kiabau.
RONALD menandatan­gani plak sempena perasmian Dewan Orang Ramai Kampung Kiabau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia