Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk Mukim Rundum bakal nikmati jalan berturap

- Oleh DELLROY

TENOM: Penduduk di Mukim Rundum, Kemabong yang terletak kira-kira 70 kilometer dari pekan ini bakal menikmati jalan raya berturap yang akan dilaksanak­an sebaik mendapat kelulusan peruntukan pembinaan daripada pihak kerajaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong Datuk Rubin Balang berkata, kos bagi menaiktara­f jalan berkenaan yang mengambil jarak sejauh 25 kilometer adalah berjumlah RM124 juta ringgit.

Katanya, dengan terlaksana­nya jalan raya itu, sudah pasti akan memberi manfaat kepada penduduk kampung dan pelbagai pihak berkaitan terutamany­a kepada warga pendidik dan pekerja awam yang bertugas di kawasan itu.

“Mereka akan bakal menikmati kemudahan ini berbanding ketika ini yang terpaksa mengharung­i jalan itu yang berhabuk, licin dan becak,” katanya.

Beliaudite­muimediase­lepas merasmikan Program Bicara Profesiona­lisme Kementeria­n Pendidikan Malaysia anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang diadakan di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa, di sini pada Isnin.

“Beberapa guru telah menyuaraka­n cabaran halangan mereka melalui jalan itu untuk mengajar di Mukim Rundum, saya juga mengakui bahawa jalan raya berkenaan sangat daif dan sukar untuk dilalui lebihlebih lagi dalam keadaan musim hujan,” katanya.

Jelasnya, jalan itu merupakan perhubunga­n utama kira-kira hampir lima ribu penduduk melibatkan 13 kampung ke Pekan Kecil Kemabong dan Tenom.

Pada program itu, turut diadakan penyampaia­n replika cek Bantuan Awal Persekolah­an Tahun 2018 kepada empat daerah iaitu Tenom, Keningau, Nabawan dan Tambunan melibatkan RM4,784,900, masingmasi­ng disampaika­n kepada pegawai PPD di empat daerah berkenaan.

Turut hadir di program itu, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Hajah Maimunah Haji Suhaibul.

 ??  ?? RUBIN (empat dari kanan), Maimunah (tiga dari kanan) merakamkan kenangan bersama empat PPD yang menerima replika cek Bantuan Awal Persekolah­an Tahun 2018.
RUBIN (empat dari kanan), Maimunah (tiga dari kanan) merakamkan kenangan bersama empat PPD yang menerima replika cek Bantuan Awal Persekolah­an Tahun 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia