Utusan Borneo (Sabah)

KPDNKK Sarikei lancar Skim Kawalan Harga TBC

-

SARIKEI: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Cawangan Sarikei melancarka­n Skim Kawalan Harga Musim Perayaan TBC, pada Selasa.

Ketua Cawangan KPDNKK Sarikei Jenny Teron berkata, skim kawalan harga itu berkuat kuasa selama 12 hari iaitu dari 10 hingga 21 Februari ini.

“Terdapat 13 barangan harga terkawal tersenarai dan skim ini.

“Barangan tersebut ialah ayam hidup (RM7.80/kg), ayam standard (RM9/kg), ayam super (RM9.50/kg), telur ayam gred A (RM0.39 sebiji), telur ayam gred B (RM0.38 sebiji), telur ayam gred C (RM0.37 sebiji), kubis bulat import (RM4/kg), bawang putih China (RM10/kg), ikan bawal putih (RM38/kg), udang putih besar (RM35/kg), perut babi (RM19.50/kg), daging babi (RM18.50/kg) dan babi hidup (dikawal di peringkat ladang).

“Kesemua harga barangan terkawal terbabit adalah untuk kawasan Sarikei, Julau, Pakan dan Meradong,” ujarnya pada pelancaran yang diadakan di Pasar Central Sarikei, pada Selasa.

Turut hadir Residen Bahagian Sarikei Mohamad Junaidi Mohidin.

Justeru, Jenny mahu semua peniaga meletakkan tanda harga berwarna merah jambu pada item yang tersenarai dalam skim terbabit.

“Tindakan akan diambil di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011) bagi mana-mana peniaga yang gagal mematuhi perkara terbabit. “Sementara itu, bagi pengguna yang mempunyai maklumat ataupun mempunyai sebarang aduan, mereka boleh menghubung­i Pejabat Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Sarikei di talian 084-657751 (bilik gerakan) ataupun dengan menghantar e-mel kepada e-aduan@kpdnkk.gov.my,” kata Jenny.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia