Utusan Borneo (Sabah)

Guna ‘konsep penginapan’ tarik pelancong China, Eropah

- Oleh HAMZAH SANUDIN

TAWAU: Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar menggesa pemain industri menambahba­ik fasiliti hotel menggunaka­n ‘konsep penginapan’ untuk menarik minat pelancong China dan Eropah.

Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan alam Sekitar Datuk Pang Yuk Ming berkata langkah itu perlu diambil berikutan negeri ini bukan hanya menjadi tumpuan pelancong dari Eropah tetapi juga dari China.

“Ketika ini, Sabah menerima peningkata­n kehadiran pelancong dari China yang begitu ketara, namun hotelhotel yang sedia ada sekarang lebih memfokuska­n kepada pelancong dari Eropah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan majlis pecah tanah Borneoland Platinum Seaview Resort di Sg Gading di sini pada Isnin. Borneoland diwakili Larry Koh @Rahim Abdullah.

Pang berkata, statistik Februari menunjukka­n seramai 60,000 pelancong ke Sabah, manakala jumlah pelancong China yang keluar negara semenjak beberapa tahun lalu pula seramai 130 juta orang.

“Setakat ini, hotel-hotel di Sabah yang bertaraf empat atau lima bintang menggunaka­n konsep mesra pelancong dari Eropah, sedangkan keperluan pelancong dari China pula adalah berbeza.

“Kita menerima maklumat pelancong China yang datang mahu melihat keindahan alam semulajadi dan sekadar ingin berehat (menginap lebih lama berbanding pelancong Eropah),” katanya.

Beliau berkata gesaan itu dibuat kerana kementeria­n mendapati hotel-hotel di Sabah masih kurang yang menawarkan kemudahan atau fasiliti yang sesuai dengan keperluan pelancong China.

Menyentuh resort baharu yang didirikan oleh Borneoland pula, Pang berharap lebih ramai pelancong China akan ke negeri ini sejajar dengan pertambaha­n pusat pelanconga­n baharu.

“Kita akui bahawa kehadiran pelancong ke Tawau juga amat diperlukan kerana akan memberikan manfaat dari segi pembanguna­n ekonomi dan pelanconga­n di daerah ini,” katanya.

 ??  ?? PANG (lima dari kanan) bersama pengusaha China pada majlis itu.
PANG (lima dari kanan) bersama pengusaha China pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia