Utusan Borneo (Sabah)

Pemandu lori mati ditikam, suspek berjaya diberkas

- Oleh YUSOP TEPPO

BELURAN: Seorang pemandu lori maut ditikam dalam kejadian di pondok pengawal kilang sawit Sapi 1, Jalan Sapi Nangoh di sini pada Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Superinten­dan Shivananth­an Velautham berkata mangsa dikenali sebagai Baso Padue Paddo, 30, meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas ditikam dengan senjata tajam oleh suspek.

Beliau berkata mangsa yang parah dikejarkan ke Klinik Kesihatan T e lupi d untuk rawatan lanjut bagaimanap­un, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di klinik.

Berikutan kejadian itu, suspek lelaki berumur 26 tahun berjaya diberkas selepas dikepung pihak polis di sebuah blok ladang Sapi 2 Beluran.

“Siasatan mendapati pada 14 Februari kira-kira jam 11 pagi, mangsa telah pergi ke kilang Sapi 1 untuk menimbang buah sawit yang diangkut menggunaka­n lori yang dipandunya.

“Ketika itu, suspek yang merupakan pemandu traktor Faux Haun juga ada membawa muatan buah sawit yang mahu ditimbang di tempat timbangan kilang yang sama,” katanya.

Shivananth­an berkata pada masa itu berlaku pertengkar­an antara suspek dan mangsa kerana dikatakan mangsa telah memotong giliran untuk menimbang buah. Bagaimanap­un, pertengkar­an itu dapat diredakan oleh para pekerja lain yang ada di situ, namun suspek ketika itu tidak berpuas hati.

Pada keesokan hari (15 Februari) jam 11 pagi, suspek menunggu kedatangan mangsa di pondok pengawal kilang Sapi 1 kerana suspek tahu mangsa akan datang ke sana untuk menimbang buah sawit.

Pada masa itu, suspek ada membawa sebilah pisau Bugis bersarung yang diselitkan di pinggangny­a.

“Apabila mangsa sampai di pondok pengawal dan melapor diri, suspek terus menegur mangsa. Berlaku pertengkar­an di situ dan suspek terus mengeluark­an pisau yang dibawa lalu menikam mangsa dan tikaman itu terkena pada lengan tangan kiri mangsa.

“Mangsa kemudianny­a terus melarikan diri ke bahagian belakang pondok pengawal dan suspek terus mengejar.

“Mangsa melarikan diri ke arah jalan raya kilang di depan pondok pengawal. Dalam jarak lebih kurang 20 meter dari pondok pengawal suspek telah menikam mangsa lagi di bahagian belakang. Mangsa terus melarikan diri lagi dan dalam jarak 30 meter dari pondok pengawal, mangsa telah terjatuh dan di situ suspek telah menikam mangsa lagi dengan pisaunya di dada kanan mangsa sebanyak satu kali,” katanya.

Selepas kejadian itu, suspek telah melarikan diri ke kawasan ladang sawit Sapi 2 dan bersembuny­i di sebuah blok ladang untuk berehat setelah melarikan diri lebih kurang 5 kilometer dari tempat kejadian.

Shivananth­an berkata kira-kira jam 4.30 petang hari yang sama, suspek berjaya ditangkap setelah menyerah diri kepada pihak polis yang mengepung kawasan berkenaan.

Beliau berkata suspek kemudianny­a dibawa balik ke IPD Beluran untuk siasatan lanjut, manakala mayat mangsa dirujuk ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk bedah siasat.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia