Utusan Borneo (Sabah)

Pacu pertumbuha­n ekonomi digital

Capai matlamat tingkat kelajuan jalur lebar

-

KOTA BELUD: Usaha kerajaan mendorong lebih banyak pelaburan swasta dalam meletak atur fiber baru-baru ini adalah bagi mencapai matlamat negara untuk meningkatk­an kelajuan jalur lebar dan menurunkan harga, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

“Usaha meningkatk­an infrastruk­tur digital kita ini penting untuk memacu pertumbuha­n ekonomi digital dan pelaburan dalam meletak atur fiber oleh entiti swasta seperti Broadnet Network Sdn Bhd (Broadnet) menggunaka­n pembiayaan swasta sentiasa dialu-alukan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Karnival Jualan Sentuhan Rakyat, di sini pada Ahad.

Salleh berkata kerajaan menyokong pendekatan yang diambil oleh Broadnet untuk memanfaatk­an jaringan fiber sedia ada yang dimiliki pihakpihak seperti Tenaga Nasional Berhad dan penggunaan jaringan fiber sebegini akan dilakukan secara komersial dan bukan eksklusif.

“Broadnet merupakan inisiatif swasta. Syarikat ini memiliki lesen yang diperlukan menurut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta akan menggunaka­n dananya sendiri untuk meletak atur fiber secara komersial.

“Kerajaan berharap ini dapat dilakukan secepat mungkin bagi mencapai sasaran jalur lebar negara menjelang 2020,” katanya.

Mengenai karnival jualan itu, Salleh berkata program berkenaan memberi peluang kepada penduduk sekitar Kota Belud mendapatka­n barang keperluan asas pada harga yang lebih murah.

Program anjuran Barisan Nasional (BN) Kota Belud itu juga membuktika­n keprihatin­an parti tersebut dalam membantu mengurangk­an kos sara hidup dan beban rakyat terutama dalam soal barang keperluan asas, katanya.

“BN Kota Belud akan berusaha untuk mengadakan program ini sekerap yang mungkin bergantung kepada keadaan dan kita akan menentukan lokasi berbeza bagi memberi peluang kepada penduduk yang tinggal di pedalaman Kota Belud menikmati program ini,” katanya.

Kira-kira 3,000 pengunjung menghadiri karnival itu

“Usaha meningkatk­an infrastruk­tur digital kita ini penting untuk memacu pertumbuha­n ekonomi digital dan pelaburan dalam meletak atur fiber oleh entiti swasta seperti Broadnet Network Sdn Bhd (Broadnet) menggunaka­n ” pembiayaan swasta sentiasa dialu-alukan.

DATUK SERI DR SALLEH SAID KERUAK Menteri Komunikasi dan Multimedia

yang bermula seawal 8 pagi hingga 2 petang dengan pelbagai barang keperluan asas termasuk beras dan minyak masak dijual pada harga murah.- Bernama

 ?? GambarBERN­AMA ?? MENTERI Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak ketika ditemui wartawan selepas menghadiri Karnival Jualan Sentuhan Rakyat anjuran Barisan Nasional di Dewan Tun Said Kota Belud pada Ahad. -
GambarBERN­AMA MENTERI Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak ketika ditemui wartawan selepas menghadiri Karnival Jualan Sentuhan Rakyat anjuran Barisan Nasional di Dewan Tun Said Kota Belud pada Ahad. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia