Utusan Borneo (Sabah)

Tangkap spesies terancam, mohon tindakan segera diambil

-

KOTA KINABALU: Khuatir spesies hidupan laut terancam terus menjadi mangsa ketamakan manusia, pihak berkaitan disaran mengambil tindakan proaktif memantau aktiviti tangkapan ikan di perairan Pulau Mabul, Semporna.

Pengerusi Persatuan Perlindung­an Ikan Jerung Sabah (SSPA) Aderick Chong amat kecewa melihat sikap segelintir nelayan yang masih memburu spesies terancam seperti manta ray, devil ray dan ikan yu.

Katanya spesies yang kini tergolong dalam kumpulan haiwan dilindungi ini tidak sepatutnya menjadi buruan manusia.

“Apatah lagi setelah Jabatan Perikanan Sabah mengambil langkah memasukkan spesies pari dan ikan yu sebagai haiwan dilindungi.

“Kami berharap ikan pari dan yu itu akan dimasukkan sebagai spesies dilindungi sepenuhnya agar tiada lagi orang yang berani bertindak menangkap spesies ini.

“Jika spesies dilindungi ini dipelihara, masyarakat tempatan dan pelancong akan dapat menikmati keindahan dasar laut yang dipenuhi spesies ikan yang sukar ditemui ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Aderick berkata, dengan adanya perlindung­an daripada pihak berwajib, perairan di negeri ini akan lebih terpelihar­a. Langkah itu akan memberi impak yang baik kepada perkembang­an industri pelanconga­n khususnya dalam kalangan penyelam.

Menurutnya, insiden menangkap manta ray, devil ray dan ikan yu itu berlaku pagi Ahad.

Berdasarka­n maklumat yang diperoleh daripada pelancong yang berkunjung ke pulau itu, lebih 10 ekor ikan pari dan seekor jerung yang ditangkap oleh kumpulan nelayan di pulau berkenaan.

 ??  ?? PERAHU yang menempatka­n ikan pari yang berjaya ditangkap oleh kumpulan nelayan berkenaan.
PERAHU yang menempatka­n ikan pari yang berjaya ditangkap oleh kumpulan nelayan berkenaan.
 ??  ?? KELIHATAN nelayan sedang membelah ikan pari yang ditangkap di perairan Semporna.
KELIHATAN nelayan sedang membelah ikan pari yang ditangkap di perairan Semporna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia