Utusan Borneo (Sabah)

MBR berpotensi jadi tarikan pusat dakwah

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBR) berpotensi menjadi salah satu pusat daya tarikan dakwah khususnya dalam kalangan pelancong asing yang berkunjung ke negeri ini.

Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) cawangan Sabah Haji Mat Radzi Mat Ali berkata langkah itu menepati status MBR yang sememangny­a terkenal di beberapa negara luar sejak sekian lama.

“Senario ini perlu dimanfaatk­an oleh ahli MBR untuk memberi penerangan dan penjelasan tentang Islam kepada pengunjung.

“Selain berperanan sebagai wahana dakwah dan ibadah, masjid juga bertindak sebagai wadah penyebaran sebarang maklumat terkini dalam usaha ke arah pembentuka­n akhlak umat.

“Sehubungan itu, setiap ahli jawatankua­sa di mana mana masjid perlu menyumbang idea, tenaga, kepakaran untuk membangunk­an institusi ini secara lebih berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program ‘Kami Cinta Rasulullah SAW’ di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu sempena sambutan Hari Ulang Tahun ke-18 MBR, di sini.

Sementara itu, Mat Radzi mengajak masyarakat terutama golongan muda untuk menghayati empat prinsip dalam memantapka­n kecintaan terhadap Rasulullah SAW.

Katanya, antara empat prinsip itu termasukla­h mengenali latar belakang, perjuangan, keperibadi­an Rasulullah, menanam bibitbibit cinta, mencontohi gaya hidup dan kesungguha­n baginda berdakwah.

Sementara itu, Pengerusi MBR Datuk Haji Jamal Tun Haji Sakaran berkata, MBR kini sedang mengatur langkah memantapka­n fungsi tempat ibadah dan saluran dakwah.

Selain itu, pihaknya juga sedang meningkatk­an aspek ekonomi dan mempergiat kegiatan membantu masyarakat yang kurang bernasib baik.

Dianggarka­n lebih 1,000 pengunjung datang melawat MBR setiap hari sepanjang program itu berlangsun­g.

 ??  ?? TETAMU kehormat pada program berkenaan.
TETAMU kehormat pada program berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia