Utusan Borneo (Sabah)

Bersatu bangunkan Sabah: Musa

-

KOTA KINABALU: Sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada tahun ini, Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berharap semua pemimpin bersatu membangunk­an Sabah.

“Saya percaya dengan adanya perpaduan yang utuh ini, semua pemimpin akan mudah mentadbir negeri ini khususnya kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Pada hari ini, kita lihat masyarakat pelbagai kaum turut sama menghadiri program rumah terbuka ini dan kita percaya semangat perpaduan dan kesatuan akan terus kekal.

“Saya juga berharap sempena Tahun Baharu Cina ini, kita akan terus bersatupad­u dalam membangunk­an Negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Parti Bersatu Sabah (PBS) di Dewan Hakka, Teluk Likas, di sini pada Sabtu.

Ketibaan beliau disambut Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Pemangku Presiden PBS Datuk Seri Panglima Dr Maximus J Ongkili, Timbalan Presiden Datuk Dr Yee Moh Chai, Naib Presiden Datuk Ir Edward Yong Oui Fah dan ahli Majlis

dan Faridah merakamkan gambar bersama-sama Madius (kiri), Pairin (dua kiri) Yee (berdiri kiri), Vicky (berdiri, kanan) dan Maximus (kanan).

Tertinggi PBS.

Kira-kira 5,000 masyarakat pelbagai kaum sekitar Bandaraya Kota Kinabalu menghadiri majlis yang bermula seawal jam 9 pagi itu.

Para tetamu disajikan dengan makanan tradisi serta beberapa persembaha­n tarian singa dan naga serta nyanyian oleh artis tempatan.

Turut hadir, isteri Ketua Menteri, Puan Sri Faridah Tussin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Seri Panglima Teo Chee Kang, Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai dan Konsul Jeneral Negara China di Sabah Liang

Caide.

 ??  ?? MUSA
MUSA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia