Utusan Borneo (Sabah)

Laluan berbumbung beri manfaat warga SK Sri Melanta Jaya

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Laluan berbumbung di SK Sri Melanta Jaya yang telah siap dibina menggunaka­n peruntukan Ahli Parlimen Batu Sapi akan dapat memberi manfaat kepada semua warga sekolah khasnya muridmurid.

“Murid-murid tidak lagi terkena air hujan bila musim hujan dan tidak lagi terkena panas bila musim panas,” kata Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin dalam ucapan ketika merasmikan majlis Penyampaia­n Bantuan Awal Persekolah­an dan merasmikan Laluan Berbumbung di SK Sri Melanta Jaya baru-baru ini.

Katanya, murid-murid kini lebih selesa menunggu ibu bapa dan penjaga mereka di bawah laluan yang berbumbung ini berbanding dahulu.

“Pembinaanl­aluanberbu­mbung yang dipohon pihak sekolah adalah satu lagi keprihatin­an kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap keluh kesah rakyat terutama untuk menjulang martabat pendidikan anak-anak yang menjadi fokus utama kerajaan,” katanya.

Mengenai bantuan persekolah­an Linda berkata, bantuan persekolah­an bernilai RM100 seorang telah diumumkan menerusi Bajet 2018 dan diagihkan kepada 5.4 juta orang murid sekolah rendah dan pelajar menengah dari keluarga yang berpendapa­tan rendah di seluruh negara.

Objektif penyampaia­n bantuan awal persekolah­an oleh kerajaan adalah untuk meringanka­n beban perbelanja­an persekolah­an pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.

Beliau berkata, dengan pemberian bantuan ini, kerajaan berharap dapat memudahkan proses pembelian keperluan pembelajar­an bagi setiap murid dan bebanan ibu bapa dapat dikurangka­n.

Program ini adalah salah satu bantuan yang disalurkan oleh kerajaan membantu anak-anak melalui zaman persekolah­an.

Katanya, terdapat banyak lagi bantuan lain yang juga disalurkan di sekolah seperti Skim Bantuan Buku Teks, KWAMP, e-Kasih, Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Bantuan Pakaian Sekolah dan alat tulis dan banyak lagi, termasuk bantuan-bantuan bagi murid yang tinggal di asrama sekolah-sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan.

Menurutnya, bantuan yang disalurkan oleh pihak kerajaan dalam apa-apa bentuk sekali pun, diharap dapat menjadi pemangkin kecemerlan­gan murid dalam bidang akademik dan kokurikulu­m terutamany­a untuk tahun 2018.

Katanya, kerajaan meneruskan pemberian 19 jenis bantuan persekolah­an dengan nilai peruntukan sebanyak RM3.101 bilion berbanding RM3.059 bilion pada tahun 2017.

“Peningkata­n peruntukan sebanyak RM43.36 juta ini menunjukka­n kerajaan sentiasa peka menunaikan tanggungja­wab terhadap rakyat di seluruh negara,” katanya.

 ??  ?? LINDA (tengah) merasmikan laluan berbumbung SK Sri Melanta Jaya.
LINDA (tengah) merasmikan laluan berbumbung SK Sri Melanta Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia