Utusan Borneo (Sabah)

Umno Sipitang ulangi kesiapsiag­aan hadapi PRU14

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

SIPITANG: Umno Bahagian Sipitang mengulangi kesiapsiag­aan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ketua Umno Bahagian Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata kesediaan itu meliputi semua skop termasuk jentera parti serta gerak saraf dan perang saraf untuk menangkis persepsi yang cuba memperleke­hkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Kita nyatakan kepada rakyat bahawa tiada pilihan terbaik melainkan BN yang sudah terbukti berjaya membawa kemajuan dan pembanguna­n, termasuk di kawasan luar bandar,” katanya.

Ketika ditemui selepas merasmikan Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah dan Liga Veteran Piala Parlimen Sipitang di sini pada Sabtu, beliau berkata BN sudah melaksanak­an agenda terbaik untuk rakyat dalam semua aspek.

“Sipitang sendiri bersyukur kerana kita mendapat banyak limpahan kemajuan, termasuk sebagai hab minyak dan gas, tempat bermulanya pelaksanaa­nprojekLeb­uhraya Pan Borneo, bangunan ibu pejabat polis daerah yang baharu serta kemudahan pendidikan.

“Di Sipitang, terdapat lapan sekolah menengah dan sebuah sekolah teknik vokasional, sekali gus memberi pendidikan terbaik untuk penduduk setempat,” katanya sambil menegaskan Sipitang tidak tertinggal dari segi pembanguna­n berbanding daerah lain.

Dalam pada itu, Sapawi berkata Program Transforma­si Nasional 2050 (TN50) akan diadakan di Sipitang tidak lama lagi dan dijangka dirasmikan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Di Sabah, program TN50 digerakkan oleh Pemuda BN diketuai oleh Ketua Pemuda Umno Sabah Yamani Hafez Musa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia