Utusan Borneo (Sabah)

Hari Informasi ISM 2018 pada 10 Mac di Tawau

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Institut Sains dan Pengurusan (ISM) Tawau akan mengadakan Hari Informasi 2018 pada 10 Mac jam 10 pagi sehingga 4 petang yang terbuka kepada orang ramai.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ISM Lawrence Kaw berkata hari terbuka itu diadakan bertujuan memperkena­lkan tiga pengajian diploma yang ada ditawarkan di ISM.

“Kita menawarkan Diploma Pengajian Perniagaan, Diploma Perakaunan dan Diploma Pengurusan Perniagaan Tani,” katanya pada sidang media di ISM, di sini pada Selasa.

Katanya tempoh pengajian yang ditawarkan untuk mengikuti ketiga-tiga program itu adalah dua tahun termasuk latihan perindustr­ian selama tiga bulan.

Menurutnya,misiISMunt­uk menyediaka­n pendidikan yang bermutu kepada semua lapisan masyarakat termasukla­h golongan kurang berupaya dan berpendapa­tan rendah.

lawrence berkata antara syarat untuk memohon program diploma di ISM, pemohon mestilah salah seorang penerima aktif Skim BR1M (pendapatan isi rumah kurang daripada RM4,000).

“Sekurang-kurangnya tiga Kepujian (3C) dalam Sjil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk Bahasa Inggeris, Matematik dan subjek lain, serta lulus Bahasa Malaysia dan Sejarah.

“Wajib memohon pinjaman maksimum yang dibenarkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membiayai sebahagian yuran pengajian.

“Baki selebihnya akan ditaja oleh ISM dalam bentuk biasiswa,” katanya sambil menambah, pemohon juga dikehendak­i membayar ‘yuran pelbagai’ yang tidak ditaja.

 ??  ?? LAWRENCE (dua kanan) bersama barisan ‘orang kuat’ ISM Tawau.
LAWRENCE (dua kanan) bersama barisan ‘orang kuat’ ISM Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia