Utusan Borneo (Sabah)

Penglibata­n ramai golongan muda dalam politik perkembang­an baik

- Oleh YAP SIONG HAN

PENAMPANG: Penglibata­n ramai golongan belia dalam arena politik di Penampang dilihat sebagai satu perkembang­an positif untuk kawasan ini.

Pengurus Besar Kumpulan Sabanilam Enterprise Sdn Bhd Ceasar Mandela Malakun berkata, keadaan itu baik untuk pembanguna­n kawasan ini di masa hadapan.

“Pada pendapat saya, kini hampir 60 peratus adalah pengundi muda di sini. Penglibata­n mereka secara langsung dalam politik tidak kira di pihak pembangkan­g atau kerajaan menunjukka­n satu perkembang­an yang positif.

“Dalam komponen Barisan Nasional (BN) Penampang, ramai golongan muda terlibat secara langsung dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Selain itu, golongan muda juga diberikan tanggungja­wab besar untuk memegang jawatan penting dalam jentera PRU,” katanya ketika ditemui di Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Pusat Komersil dan Teknologi Antarabang­sa (ITCC) Penampang, di sini pada Ahad.

Beliau berkata, terdapat tiga isu yang wajar diberikan perhatian di Penampang iaitu peluang pekerjaan, perniagaan dan pendidikan serta sokongan pihak pentadbira­n dalam menggalakk­an golongan muda terlibat dalam perniagaan.

Selain itu tambahnya, ITCC kini sudah beroperasi dengan 30 pekedai sudah memulakan perniagaan masing-masing.

“Tahun ini, ITCC menyasarka­nlebih100p­eniaga akan membuka perniagaan mereka di sini.

“Saya juga gembira ramai yang hadir di majlis rumah terbuka yang diadakan julung kali di ITCC ini,” katanya.

Hadir sama merasmikan majlis itu ialah Ketua Umno Bahagian Penampang Senator Datuk John Ambrose, Pengerusi BN Penampang DatukDonal­dPeterMoju­ntin, Pengerusi Eksekutif Malakun Holdings Sdn Bhd Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos Malakun serta tetamu kehormat yang lain.

 ??  ?? CEASAR (kiri) bersama John (tengah) dan Clarence merakamkan gambar kenangan selepas acara perasmian.
CEASAR (kiri) bersama John (tengah) dan Clarence merakamkan gambar kenangan selepas acara perasmian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia