Utusan Borneo (Sabah)

BN yakin sokongan penuh masyarakat Cina

- Oleh ALFRED PETRUS

PUTATAN: Barisan Nasional (BN) yakin masyarakat Cina akan memberikan sokongan penuh kepada kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata kerajaan BN juga peka terhadap kebajikan dan kehendak masyarakat Cina di Sabah.

“Kita dapat lihat sambutan baik daripada masyarakat Cina dalam majlis-majlis yang kita adakan.

“Kerajaan BN memberikan apa yang mereka kehendaki. Justeru, kita yakin sokongan penuh daripada mereka kepada kerajaan pada PRU akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina pusat beli-belah One Place Mall di sini pada Ahad.

Mengulas hak-hak yang diberikan kepada masyarakat pelbagai kaum di Sabah dan Sarawak, Yahya berkata kerajaan telah memenuhi tuntutan rakyat stidak seperti segala janji yang diutarakan oleh pembangkan­g.

“Janji seperti itu (pembangkan­g) tidak perlu kerana ia adalah janji kosong. Kerajaan BN sudahpun mengotakan perkara itu kepada rakyat Sabah dan Sarawak,” jelasnya.

Sementara itu, beliau berkata semangat meraikan perayaan pelbagai kaum di Sabah perlu dipertahan­kan.

Katanya dengan keunikan berkenaan, pelbagai kaum yang terdapat di negeri ini dapat hidup dengan aman.

“Ini satu budaya yang ditunjukka­n di sini yang mana pelbagai kaum samasama merayakan perayaan di Sabah terutamany­a pada sambutan Tahun Baharu Cina ini,” katanya.

Yahya berkata melalui budaya berkenaan, semua masyarakat berbilang kaum di Sabah mampu duduk semeja tanpa sebarang masalah.

“Jadi inilah satu suasana yang harus kita pertahanka­n sehinga bila-bila.

“Ini yang menjadikan rakyat Malaysia umumnya yang pelbagai kaum dapat bersatu padu,” tambahnya.

Turut hadir, Pengerusi Pusat Aktiviti Warga Emas (Pawe) Pusat Transforma­si Bandar(UTC)KotaKinaba­lu Poh Wing Hiung.

 ??  ?? YAHYA (empat kiri) merakamkan gambar kenangan bersama tetamu kehormat lain dan pasukan tarian singa.
YAHYA (empat kiri) merakamkan gambar kenangan bersama tetamu kehormat lain dan pasukan tarian singa.
 ??  ?? YAHYA (tengah) menerima cendera kenangan daripada pasukan tarian singa.
YAHYA (tengah) menerima cendera kenangan daripada pasukan tarian singa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia