Utusan Borneo (Sabah)

Karnival Jualan Sentuhan Rakyat manfaatkan rakyat

-

KOTA BELUD: Program Karnival Jualan Sentuhan Rakyat yang menawarkan harga murah bagi barang keperluan harian serendah 40 sen iaitu 50 peratus lebih murah daripada harga pasaran, nyata memberi manfaat kepada masyarakat.

Petani,

Rosdie Borog,

42, dari Kampung

Kota Pelanduk gembira kerana dapat menjimatka­n perbelanja­an bulanan keluargany­a.

“Harga yang ditawarkan pada hari ini dapat membantu meringanka­n perbelanja­an dapur kami. Biasanya beras 5kg dijual pada harga RM13.50 tetapi di sini hanya RM10.

“Begitu juga dengan makanan tin, sardin 115 gram yang dijual hanya 40 sen setin berbanding RM1.40 di luar,” katanya yang turut mengingatk­an rakan-rakan agar tidak mengambil kesempatan menjual semula barangan yang dibeli.

Sementara itu, penjual pisang goreng Ziza Omol, 42, meninggalk­an perniagaan­nya setelah diajak oleh rakan-rakannya untuk ke program berkenaan.

“Saya datang bersama 10 rakan untuk mendapatka­n barangan harian dengan harga berbaloi, memang banyak item yang kami perolehi dengan bajet RM100 berbanding di kedai biasa.

“Kita dapat melihat program ini memang ikhlas kerana kami dapati tarikh luputnya agak jauh lagi. Disebabkan itu, saya membeli dalam kuantiti yang banyak untuk tujuh ahli keluarga di rumah.

“Terima kasih kepada Barisan Nasional yang memahami masalah kami yang kurang berkemampu­an jadi dengan adanya program sebegini dapat meringanka­n beban rakyat,” katanya gembira.

Turut ditemui, suri rumah dan petani Serina Nensio, 56, dari Kampung Losuwani yang berharap program itu dapat diteruskan pada masa akan datang memandangk­an harga yang ditawarkan amat berpatutan dan menjimatka­n.

“Kalau di kedai memang mahal, jadi saya mengambil peluang membeli di sini yang amat murah dan amat menguntung­kan seperti biskut, bihun, sardin dan barangan lain,” katanya ketika ditemui media pada program berkenaan di Dewan Tun Said, Ahad.

 ??  ?? ZIZA
ZIZA
 ??  ?? SERINA
SERINA
 ??  ?? ROSDIE
ROSDIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia